suria

Isteri Shuib kena kecam dalam video live, anak tiri tampil ‘back up’ Watie Hanifiah - “Saya ini baran tau”

Talita (kiri) mempertahankan ibu tirinya yang sering dikecam netizen.

ISTERI kepada pelawak Shuib iaitu Watie Hanifiah sering menjadi sasaran netizen yang sentiasa kurang senang melihat kebahagian dia bersama anak-anak tirinya.

Bukan sahaja dalam ruangan komen di sosial media, malah ada berani menyerang Watie atau Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 36, ketika mengadakan sesi live di platform berkenaan.

Tampil mempertahankan ibu tirinya, anak kedua Shuib iaitu Dzahira Talita Zahra, 10, meminta netizen yang memberi kecaman agar tidak masuk ke dalam sesi siaran langsung Watie di TikTok.

watie 2

Ada dalam kalangan netizen yang kurang senang melihat kebahagiaan Watie dan Shuib.

"Jaga mulut, jangan buat semak. Keluar semua!

"Saya ini baran tau. Mummy (Watie) tak buat apa-apa," tegas Talita.

Dia memberi komen spontan tersebut ketika bersama Watie dalam satu sesi siaran langsung di TikTok baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Watie Hanifiah kongsi momen pertama kali jumpa ibu mentua, awal-awal mengaku tak pandai siang ikan

ARTIKEL BERKAITAN: Anak tiri suka peluk Watie Hanifiah, puji layanan sama seperti arwah ibu

Ketika sesi berkenaan, Watie sekali lagi berkongsi detik pertemuaan dia dengan Shuib sebelum mereka mendirikan rumah tangga pada 23 Jun tahun lalu.

Bagaimanapun ada pula segelintir yang meninggalkan komen-komen tidak baik terhadap Watie sehingga menyebabkan Talita sendiri merasa kurang senang dengan kecaman tersebut.

Tidak sedikit pun melenting, Watie malah terhibur dengan reaksi spontan yang diberikan oleh Talita ketika itu.

watie 3

Watie bersama Shuib dan anak-anaknya.

"Saya ada back up," ujarnya ringkas.

Talita merupakan anak hasil perkahwinan Shuib dengan Allahyarham Siti Sarah Raisuddin yang meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.

Selain Talita, Shuib juga mempunyai tiga orang cahaya mata lain iitu Uwais Alqarni, 12, Ariq Matin, 7, dan Ayash Affan, 3 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain