DALAM rasa sedih terpaksa meninggalkan suami disebabkan urusan kerja, pelakon Reen Rahim mendapat amaran 'keras' daripada suami agar menjaga tingkah laku apabila berada di tempat orang. Secara berseloroh, suami Reen iaitu Hazim Zainal bukan sahaja meminta isterinya itu pandai menjaga diri tetapi tidak menunjukkan sikap garang kepada orang lain. "Jangan bawa sangat perangai Klang tu. Jaga diri, bawa-bawa bincang perangai 'jantan' tu, jangan nak bantai orang jer. Perkongsian Hazim dan Reen di Instagram. "Perangai Klang mana, perangai Klang? Bye sayang, jaga diri. Bye boy, elok-elok boy," katanya. Video berkenaan dikongsi Hazim atau Ahmad Nur Hazim Zainal Abidin, 30, di Instagram miliknya pada pagi Sabtu. Pesanan Hazim itu turut mendapat respon Reen yang meninggalkan komen tidak mahu menunaikan permintaan suaminya itu gara-gara dia tidak menggunakan 'filter' sebelum memuat naik video tersebut. ARTIKEL BERKAITAN: Reen Rahim penat layan suami suka gurau, malas ‘fake’ di media sosial... “Tak ada cover-cover” ARTIKEL BERKAITAN: Aksi Reen Rahim kejar ibu mentua ketika hiking buat peminat geli hati, rezeki keluarga suami penyayang "Aku tak nak terima permintaan kau... Dah cakap pakai filterkan?," komennya. Sementara itu, Reen atau Noreen Ashikin Abdul Rahim, 36, meminta suaminya bertenang dan tidak bimbangkan dirinya kerana sudah terbiasa 'terbang' seorang diri sebelum ini. "Rileks suami, 35 tahun kita layan hidup fly sendiri. Dia ingat kita darjah tiga ke risau sangat?," tulisnya. Reen dan suami berkahwin sejak Disember 2022. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat pasangan ini yang dianggap sebagai suami isteri yang comel. “Sakit perut gelak. Bye boy tu tak tahan tapi cute jer dua-dua, suka saya tengok. “Hahaha perangai Klang memang macam tu!” tulis netizen. Untuk rekod, Reen dan Hazim melangsungkan perkahwinan pada 24 Disember 2022. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!