suria

Beto Kusyairy berangan bina rumah tepi laut, mahu duduk pulau selepas bersara... Netizen puji ucapan ‘sweet’ untuk isteri

Beto dan isteri rancang mahu membeli tanah yang ada pemandangan laut selepas bersara nanti.

BERKONGSI momen indah percutian sempena ulang tahun perkahwinan ke-16, pelakon Beto Kusyairy memuat naik ucapan istimewa untuk isteri tercinta iaitu Tisha Sahar.

Dalam hantarannya itu, Beto atau Nur Kusyairy Zakuan Osman, 44, bersama isteri dilihat seronok bersiar-siar berdekatan kawasan pantai sambil menunggang motosikal di sekitar Pulau Tuba, Langkawi.

"16 tahun bersama cuma tahun ni kami tak meraikan dek genap setahun kembalinya papa (bapa isteri) ke tanah abadi sehari sebelum ulang tahun tarikh pernikahan kami.

size NP 1 (10)

Beto dan isteri sudah 16 tahun bersama sebagai suami isteri.

"Happy anniversary sayang. Saya tahu ianya sukar untuk awak apabila kehilangan kembar awak 19 tahun lalu dan tahun ini merupakan tahun pertama awak kehilangan cinta pertama.

"Satu perkara yang pasti, saya akan sentiasa di sisi awak dengan kasih sayang, menjaga awak and of course as your sunshine," tulisnya.

Dalam perkongsiannya itu juga Beto memasang impian untuk memiliki sebuah kediaman berdekatan kawasan laut dan mahu menetap bersama isteri selepas bersara nanti.

ARTIKEL BERKAITAN: Badan cepat sakit, Beto Kusyairy kongsi pengalaman berlakon ‘The Original Gangster’... “Saya sedar dah tua”

ARTIKEL BERKAITAN: Badan kena hempap motor seberat 400 kg, Beto Kusyairy hanya fikir sahabat ketika kemalangan

"Video ni diambil berberapa hari lepas sewaktu jetty tour di Pulau Tuba. Sambil recce (tinjau) tanah tepi laut untuk kami settle down dan bersara.

"Ada orang lokal yang nak jual murah-murah tak? Yang penting mengadap laut dan pulau-pulau kecil, tenang dan tak sibuk. Tak salah berangan kan?" ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berpendapat Tisha merupakan wanita bertuah kerana memiliki suami setia dan penyayang.

Malah, mereka juga mendoakan agar perkahwinan mereka berkekalan sehingga ke akhir hayat.

size NP 1 (11)

Beto dan isteri rancang mahu buat rumah menhadap pemandangan laut selepas bersara.

"Inilah lelaki idaman perempuan, setia walaupun belum dikurniakn anak tapi masih ada di sisi seorang isteri... gembira tengok mereka berdua.

"Semoga Beto dan isteri sentiasa dibawah lindungan Allah, dimurahkan razeki dan bahagia hingga ke Jannah.

"Bila kita bersama orang yang betul. Planning macam-macam utk masa depan masa tua," tulis netizen.

Untuk rekod, Beto dan isteri mendirikan rumah tangga pada 1 Februari 2008 namun belum dikurniakan rezeki untuk memiliki cahaya mata.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain