suria

Sweetnya Aiman Hakim bagi ucapan birthday untuk isteri... Zahirah MacWilson pecah rahsia tolong ‘check grammar’

Zahirah semak grammar Aiman sebelum muat naik di Instagram.

PERKONGSIAN video ucapan hari lahir dibuat pelakon Aiman Hakim Ridza kepada isterinya iaitu Zahirah Macwilson menarik perhatian netizen di laman Instagram.

Mengakui sibuk dengan pelbagai urusan kerja sejak kebelakangan ini, Aiman atau Aiman Hakim Ridza Abdoh, 35, berkata dia tetap mencari masa meraikan hari penting isterinya itu.

"Beberapa bulan ni memang hectic dan sibuk sangat. Dari shooting, renovation sampai setting projek kami yang seterusnya.

size NP 1 (4)

Perkongsian ucapan hari lahir daripada Aiman buat Zahirah di Instagram.

"Otak saya sibuk dengan berjuta-juta perkara, sampai jalan balik rumah pun boleh silap. Malah sewaktu hari kelahiran awak (Zahirah) pun kami masih sibuk dengan kerja.

"Ia mungkin bukan sambutan yang terbaik untuk hari lahir seperti kebiasaan tetapi satu perkara yang pasti kami mempunyai satu sama lain. Ia akan menjadi kenangan bahawa kita akan bersembang apabila kita tua. InsyaAllah," katanya.

Dalam perkongsiannya itu juga Aiman turut menitipkan doa agar isterinya itu dipanjangkan umur dan dirahmati sentiasa.

ARTIKEL BERKAITAN : Aiman Hakim Ridza tak sabar menanti tahun 2024, umum Zahirah MacWilson hamil anak kedua

ARTIKEL BERKAITAN : Zahirah MacWilson selamat bergelar isteri Aiman Hakim Ridza

"Apa pun saya mengucapkan selamat hari jadi yang ke 29 to this amazing woman. I love you dan terima kasih kerana hanya menjadi awak. Semoga dipanjangkan umur dan dirahmati," ujarnya.

Sementara itu, Zahirah menerusi ruang komen turut menyatakan rasa cintanya kepada suami dan berjanji untuk melakukan terbaik dalam hubungan mereka.

Malah, dia sempat berseloroh memberitahu Aiman sempat memintanya menyemak kapsyen yang ditulis dalam bahasa Inggeris itu sebelum di muat naik di Instagram.

size NP 1 (5)

Aiman dan Zahirah sedang menantikan cahaya mata kedua pada tahun 2024.

"Lepas itu pass phone (bagi telefon), “sayang tolong check my grammar”... haha love you sayang, always the best when we are together!" tulisnya.

Untuk rekod, pasangan selebriti ini berkahwin pada 20 Februari 2020 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Isaac Raees yang kini berumur tiga tahun.

Mereka juga kini sedang menantikan kehadiran cahaya mata kedua dijangka lahir pada awal tahun ini.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain