PELAKON Chew Kin Wah masih menetap di Kuala Lumpur walaupun namanya kini semakin mendapat perhatian dalam kalangan penggiat seni filem Indonesia.
Chew, 59, berkata, dia beberapa kali terlepas peluang berlakon dengan produksi tempatan kerana ada menyangka dia sudah berhijrah ke negara jiran.
"Ada pengarah mahu ambil saya berlakon tapi produksi tidak hubungi kerana sangka saya tinggal di Jakarta.
"Saya masih menetap di Kuala Lumpur dan pegang pasport Malaysia. Tak perlu nak beritahu di media sosial secara rasmi di mana saya berada. Jika betul mahu saya berlakon, boleh terus hubungi.
Chew masih menetap di KL meskipun banyak tawaran berlakon di Jakarta.
"Produksi Indonesia pun bukan sentiasa beri tawaran sebab banyak dokumen perlu diuruskan. Jika saya ke sana tanpa permit bekerja, saya boleh ditahan pihak berkuasa," katanya kepada mStar.
Chew ditemui ketika majlis tayangan perdana filem terbaharu lakonannya berjudul Rain Town yang berlangsung di GSC Starling Mall, Petaling Jaya pada Rabu.
Dalam pada itu, Chew memberitahu dia bukan seorang yang memilih tawaran walaupun sudah mencipta nama di luar negara.
ARTIKEL BERKAITAN: Stesen TV hanya angkat drama Mandarin, Chew Kin Wah kecewa bahasa Kantonis diabaikan di Malaysia
ARTIKEL BERKAITAN: Filem Kantonis, pengarah Melayu... Tunku Mona Riza keluar zon selesa menerusi Rain Town
Sebaliknya dia lebih menitikberatkan soal tempoh bekerja selain bayaran sesuai dengan usia dan pengalamannya sebagai pelakon.
"Soal harga mesti kena ada peningkatan sebab industri kita bukan ada caruman KWSP atau insurans.
"Saya juga tetapkan tempoh masa bekerja tidak lebih 12 jam sebab kalau terlalu lama, apa-apa berlaku akan menyusahkan produksi," jelasnya.
Jika betul mahu saya berlakon, boleh terus hubungi saya.
CHEW KIN WAH
PELAKON
Bercakap mengenai Rain Town, Chew memberitahu produksi memilih menggunakan dialek Kantonis memandangkan dia tidak fasih berbahasa Mandarin.
Malah ketika penggambaran sekitar dua tahun lalu, Chew juga terpaksa berulang-alik di antara Kuala Lumpur dan Jakarya kerana turut terlibat dalam sebuah produksi di negara berkenaan.
"Jika produksi tiada sebarang masalah saya boleh ulang-alik di antara Kuala Lumpur dan Jakarta.
Lakonan mantap Chew dan Susan dalam Rain Town.
"Semuanya perlu perbincangan teliti dan menyusun jadual dengan baik agar tidak timbul masalah," katanya.
Chew membawakan watak sebagai Mr. Choo iaitu seorang bapa yang terlalu mengawal kehidupan keluarga termasuk kerjaya tiga orang anaknya.
Konflik dalam keluarga Choo berlaku apabila timbul masalah di sebab sikap keras kepala sehingga kemahuannya itu memberi kesan kepada anak-anak.
Selain Chew, filem arahan Tunku Mona Riza ini turut dibintangi oleh Susan Laskester, Fabian Loo, Wilson Lee dan Pauline Tan.
Ia bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 8 Februari ini sempena sambutan perayaan Tahun Baru Cina.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!