suria

Berhenti hisap vape sebab isteri sedang hamil, Abang Tesla kongsi kalau ada berita gembira

Abang Tesla membiarkan netizen untuk terus membuat spekulasi.

PERSONALITI media sosial sensasi Abang Tesla membiarkan netizen terus berteka-teki susulan dia memberi bayangan bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.

Abang Tesla atau Muhammad Khal Iltizam Yusry, 29, berkata, sekiranya ada perkhabaran baik mengenai perkara itu dia pasti akan berkongsi dengan pengikutnya.

"Saya tak mahu komen apa-apa. Saya memang saja nak tarik perhatian netizen buat spekulasi.

Abang Tesla enggan mengulas lanjut tentang berita kehamilan isteri.

Abang Tesla enggan mengulas lanjut tentang berita kehamilan isteri.

"Kalau tentang nazar itu saya memang tak mahu komen. Biarlah mereka buat spekulasi sendiri. Kalau ada berita baik nanti saya akan kongsi," katanya ketika dihubungi mStar pada Khamis.

Sebelum ini, Abang Tesla memberitahu nekad berhenti menghisap rokok elektronik sebagai membayar nazar selepas hajatnya sudah tercapai.

Bagaimanapun, influencer itu tidak memperincikan mengenai nazar yang dibuat namun ramai membuat spekulasi Abang Tesla bakal menimang cahaya mata.

ARTIKEL BERKAITAN: Abang Tesla minta wanita rajin-rajin tengok telefon suami, lelaki berpoligami pula jangan rasa terpaling hebat

ARTIKEL BERKAITAN: "Terlihat ceria padahal hampir gila" - Kapsyen jadi teka teki, netizen doakan isteri pertama Abang Tesla tabah jalani ujian

"Alhamdulillah rezeki awal tahun dan saya kena tunaikan nazar saya. Nazar apa itu saya tidak mahu beritahu.

"Apa yang penting saya sudah bernazar tidak mahu hisap vape lagi bila saya dapat apa yang saya hajatkan itu," jelasnya.

Saya tak mahu komen apa-apa. Saya memang saja nak tarik perhatian netizen buat spekulasi.

ABANG TESLA

PERSONALITI MEDIA SOSIAL

Pada Ogos 2023, Abang Tesla menjadi bualan hangat netizen selepas memuat naik video mengumumkan dirinya sudah berkahwin dua.

Bagaimanapun, perkahwinan keduanya itu mendapat restu isteri pertama iaitu Nurmajdina.

Lebih membuatkan isu ini hangat apabila Khal mengeluarkan kenyataan isteri pertama untuk dihargai dan isteri kedua untuk dicintai.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain