suria

Ernie Zakri terima lamaran Aina Abdul beraksi atas satu pentas konsert… “Menangis yang cuba lagakan mereka”

Aina menjemput Ernie sebagai artis jemputan bagi konsertnya di Singapura.

IMPIAN peminat mahu melihat dua penyanyi berbakat besar iaitu Aina Abdul dan Ernie Zakri beraksi atas satu pentas sama akhirnya tercapai.

Menerusi perkongsian terbaharu di Instagram, Aina mendedahkan sahabatnya itu bakal diundang sebagai penyanyi jemputan di konsert A Night With Aina Abdul yang bakal berlangsung di Singapura pada 6 Januari depan.

Pengumuman mengejut Aina itu mengundang pelbagai reaksi dan respons daripada peminat kedua-dua penyanyi.

Rata-ratanya meluahkan keterujaan untuk hadir ke konsert tersebut kerana ia menggabungkan dua penyanyi wanita mempunyai vokal hebat.

Aina 1

Peminat teruja menyaksikan duo tersebut.

Aina menerusi ruangan kapsyen turut mengucapkan terima kasih kepada Ernie kerana sudi menerima lamarannya untuk menjadi penyanyi undangan.

"Terima kasih Ernie. Sudi terima lamaran Aina untuk terlibat sama di A Night With Aina Abdul di Singapura," tulisnya.

Jemputan itu sekaligus menamatkan spekulasi dan cakap-cakap sebelum ini mendakwa kononnya kedua-dua penyanyi itu sedang bersengketa.

"Wah, ini bukan sebarangan konsert. Tak sabarnya nak pergi konsert ni! Sanggup datang walaupun dekat Singapura.

ARTIKEL BERKAITAN: Bayaran mahal bukan ‘makan’ sendiri, Aina Abdul kongsi rezeki dengan semua pekerja

ARTIKEL BERKAITAN: Ernie Zakri cerita kisah hidup dalam ‘Aura’, mahu beri inspirasi kepada peminat

"Maka terhentilah mereka yang nak melagakan mereka berdua ini.

Menangislah mereka yang cuba lagakan dia orang.

"Mereka tiada masalah pun. Peminat yang lebih-lebih. Buktinya mereka berdua ini bersama nanti pada konsert akan datang.

"Peminat kedua-duanya gaduh kerana nak tabalkan penyanyi pujaan mereka yang terhebat. Sekali mereka berdua nyanyi dalam satu konsert. Hahaha," kata mereka.

Aina 2

Aina dan Ernie tidak pernah bersengketa.

Sebelum ini, media sosial kecoh apabila peminat kedua-dua penyanyi bertelagah dan saling membanding-bandingkan vokal mereka.

Malah, Aina ketika ditemui mStar berkata, dia tidak gemar apabila dirinya sering dibanding-bandingkan bersama Ernie.

Jelas Aina, Ernie merupakan salah seorang daripada sahabat karibnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain