suria

Idam gadis ‘mix’, ini ciri-ciri wanita pilihan Mierul Aiman!

Mierul Aiman idam gadis ada 'mix'

SERING kali menjadi kegilaan gadis-gadis, pelakon Mierul Aiman mendedahkan ciri-ciri yang dicari untuk dijadikan pasangan hidup.

Mierul atau Mohammad Amirul Aiman Norazman, 25, berkata dia mengimpikan seorang wanita yang memahami dan memiliki darah campuran.

"Pertama adalah memahami. Yang kedua adalah dia (warna kulit) kuning langsat. Ada darah campuran.

Mierul Aiman 2

Mierul antara pelakon yang digilai gadis-gais ketika ini.

"Bila ada campuran ini, dia macam ada rencah sedikit," katanya.

Mierul mendedahkan perkara itu ketika temu bual bersama radio Era pada Selasa.

Apabila ditanya penyampai radio, Azad Jasmin adakah Anna Jobling memenuhi citarasanya sebagai teman wanita, Mierul mengakui perkara tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Mierul Aiman tunai janji kepada ibu bapa, ijazah bidang kejuruteraan mekanikal kini dalam genggaman

ARTIKEL BERKAITAN: Lakonan dipuji tapi ramai tak tahu Mierul Aiman hampir tolak watak Ronaldo dalam ‘Imam Instant Ustazah Scammer’

"Boleh dikategorikan (Anna Jobling) macam itu (ciri wanita idaman) juga la," ujarnya.

Sementara itu, menerusi ruangan komen, ramai peminat mengakui bahawa dirinya mempunyai darah campuran dan juga berkulit kuning langsat.

"Salam saya kuning langsat. Hi Mierul, saya ada darah campuran.

Mierul Aiman 3

Mierul akui Anna Jobling antara wanita idamannya.

"Saya ada mix juga Mierul. Jom jadi pasangan saya," kata peminat.

Dalam masa sama, ada juga peminat menyatakan hasrat untuk melihat Mierul dan Anna dapat berkolaborasi dalam filem dan juga drama.

"Okay! Nanti tolong produser drama atau filem bagi Mierul dengan Anna Jobling ya," antara komen lain.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain