suria

Ciuman buat Dini cukup romantik... Tak sia-sia Janna Nick datang jadi penyokong, dapat pula hadiah dari suami 

Netizen tersenyum lihat gelagat Janna dan Dini.

PENYERTAAN pelakon Dini Schatzmann dalam pertandingan sukan lasak Ozone Games 2023 mendapat perhatian dalam kalangan peminat.

Selain kagum melihat kesungguhan Dini melepasi semua cabaran yang sukar, kelibat isterinya aktres Janna Nick, 28, turut mencuri perhatian yang hadir memberi semangat kepada suaminya.

Menerusi video yang dikongsi Janna di TikTok miliknya, pelakon itu sempat bertanya kepada Dini sekiranya dia gementar sebelum pertandingan bermula.

janna 3

Janna datang menyokong Dini yang menyertai pertandingan Ozone Games 2023.

Apa menjadi perhatian netizen apabila pasangan suami isteri itu sempat berbalas ciuman di mulut sebelum Dini melangkah masuk ke dalam gelanggang pertandingan.

"Isteri terpaling menyokong... Sudahnya aku yang mengah," tulis Janna pada bahagian kapsyen video tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Masuk hospital sejak Khamis lalu, Janna Nick alami masalah radang usus

ARTIKEL BERKAITAN: Tak mahu masalah radang usus berulang, Janna Nick jaga perut macam bayi... Hanya ambil makanan lembut

Janna menerusi Instagramnya pula memberitahu dia terpaksa bangun awal pagi demi memberi sokongan kepada Dini.

Bagaimanapun usaha Janna itu ternyata berbaloi kerana Dini sempat memanjakan isterinya itu membeli barangan solekan di butik Chanel sebagai upah menjadi penyokongnya.

Sementara itu, peminat turut menyifatkan gelagat pasangan itu sebagai romantik dan memuji Janna yang sentiasa mendahulukan Dini dalam pelbagai perkara.

Dini semakin bersemangat dengan sokongan Janna.

"Janna manis macam gula. Comel dia punya beri sokongan.

"Bagus isteri macam Janna ini, sentiasa sokong suami," antara komen peminat.

Pada 10 Jun lalu, Janna dan Dini atau Dini Azan Schatzmann, 29, disatukan sebagai suami isteri dengan sekali lafaz di Masjid A'isyah Sungai Menghulu, Pulau Langkawi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain