suria

Cantiknya Ira Kazar jadi model telekung tapi sayang ramai ugut tak nak beli

Netizen tak senang lihat Ira Kazar diambil sebagai model produk.

TINDAKAN usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman berkongsi video pelakon Ira Kazar yang dilihat sedang menangis ketika menjalani sesi fotografi produk keluarannya mengundang perbualan hangat dalam kalangan netizen.

Aliff, 36, berkata, Ira mengalirkan air mata ketika mendengar lagu berjudul Bukan Aisyah Bukan Siti Khodijah yang dipopularkan Iren Lafebian sehingga terpaksa ditenangkan oleh ahli keluarga yang turut berada di set fotografi.

"Tak sangka waktu fotoshoot, Ira Kazar menitiskan air matanya secara tiba-tiba kerana mendengar lagu ini dan terus ditenangkan oleh kaum keluarga.

Iraa

Aliff dedah Ira sebak semasa sesi fotografi.

"Saya pun tak pasti sebab apa dan mengapa tapi saya doakan yang terbaik buat Ira," katanya menerusi Instagram.

Menerusi perkongsian itu, Aliff sekali lagi menegaskan dia tidak menyokong mana-mana pihak dalam isu membabitkan Ira dan Puteri Sarah Lyana yang hangat diperkatakan sebelum ini.

"Sejujurnya saya tak ada istilah menyokong sesiapa, saya hanya berkongsi rezeki dengan semua orang," luahnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ambil Ira Kazar sebagai model, Aliff Syukri minta jangan boikot produknya - “Saya tak sokong mana-mana”

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Syukri hilang sabar di Tanah Suci, dakwa pengasas tudung liat bayar hutang jutaan ringgit

Perkongsian itu bagaimanapun tidak berjaya menerbitkan rasa simpati netizen terhadap Ira sebaliknya mengecam tindakannya.

Malah ramai memberitahu tidak akan membeli produk yang dijual usahawan berkenaan susulan keputusan Aliff mengambil isteri Syamsul Yusof itu sebagai model.

"Cantik telekung tapi kerana Ira pakai memang minta maaf, tak sanggup nak beli.

"Try hard sangat nak menangis, maaf rakyat Malaysia tak terpedaya Datuk!

"Kongsi rezeki dengan fakir lebih bagus. Drama lebih dia ini," antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain