suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Puteri Sarah tak main-main, hantar surat saman kepada kakak ipar Ira Kazar

Sarah gembira dengan perkembangan tuntutan yang dibuat peguamnya.

PELAKON Puteri Sarah Liyana membuktikan kata-katanya untuk menyaman kakak ipar bekas madunya iaitu Ira Kazar yang bercakap buruk mengenainya di media sosial.

Puteri Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, menerusi Instagram miliknya memuat naik penyata tuntutan kerana memfitnah termasuk injuksi terhadap Wiwi Darvinda Mazwena Mazlan.

Penyata tuntutan itu dibuat menerusi peguamnya Datuk Akberdin Abdul Kadir pada 30 Ogos lalu.

Isi kandungan penyata tuntutan itu memaklumkan Wiwi pada 24 Ogos lalu membuat kenyataan tidak wajar melibatkan dirinya di Instagram.

Sarah 1

Tuntutan Puteri Sarah terhadap kakak ipar Ira Kazar.

Puteri Sarah yang kini berada di Jakarta, Indonesia memberitahu dia gembira dengan perkembangan tuntutan yang difailkan peguamnya.

"Alhamdulillah, berita gembira daripada peguam saya.

"Kerana mulut badan binasa," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ahli keluarga Ira Kazar ‘jentik’ Puteri Sarah, tiada lagi belas kasihan - “Jumpa di mahkamah terus”

ARTIKEL BERKAITAN: “Lain kali sila mengumpat di rumah” - Selepas ‘jentik’, mahu jumpa pula... Individu tak mengaku buka cerita fasal Puteri Sarah

Sebelum ini, Puteri Sarah meluahkan rasa bengang apabila wanita berkenaan masih menjaja cerita tentang dirinya meskipun sudah menarik balik saman terhadap keluarga bekas madunya itu sebelum ini.

Susulan kekecohan Wiwi menjentik Puteri Sarah di media sosial, wanita itu dilaporkan minta untuk bertemu aktres itu selepas memaklumkan tindakan undang-undang bakal diambil terhadapnya.

Bekas isteri Syamsul Yusof itu bagaimanapun enggan bertemu dengan individu tersebut sebaliknya menegaskan akan meneruskan saman terhadapnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia