suria

Eizlan rasmi sertai Pas, percaya perjuangan dibawa… Ikut Annuar Musa

Eizlan kini menyertai Pas.

PELAKON dan pengarah Datuk Eizlan Yusof akhirnya mengesahkan dia kini secara rasmi menyertai Parti Islam Se-Malaysia (Pas) selepas timbul desas-desus berhubung perkara itu sejak beberapa hari lalu.

Pengumuman itu dibuat pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihanraya bersempena Gelombang Kebangkitan Rakyat Negeri Sembilan di Dataran D'Cattleya, Senawang pada malam Sabtu.

Selain Eizlan, Pengerusi Muafakat Nasional (MN) Tan Sri Annuar Musa turut sama menyertai parti politik tersebut.

d

Eizlan percaya dengan kepimpinan Annuar Musa.

Eizlan atau Idris Md Yusof, 52, berkata, dia mengambil keputusan menyertai Pas kerana percaya dengan perjuangan dibawa parti berkenaan yang bukan sekadar retorik dan tidak seperti digembar-gemburkan pihak lawan.

"Selama saya bersama-sama Tan Sri (Annuar) di dalam MN, saya melihat kesungguhan beliau mahu menyatu padukan rakyat dan perjuangkan Islam dan Melayu tanpa mengenepikan perbezaan agama dan kaum," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kalah PRU15 bersama Pejuang, Eizlan Yusof bakal sertai PAS pula

ARTIKEL BERKAITAN: Pernah membesar dalam keluarga B40... Eizlan Yusof miliki 'hati tisu', faham kesusahan hidup rakyat

Tambahnya, pengalaman politik lebih 50 tahun Pengerusi MN itu memberi aspirasi dan inspirasi untuk bersama-samanya.

Sementara itu, Annuar pula berkata, kemasukan selebriti seperti Eizlan dilihat sebagai satu kesedaran daripada pelbagai lapisan masyarakat.

"Kalau dulu orang melihat yang menyertai Pas adalah golongan agamawan tetapi sekarang ini datang dari pelbagai latar belakang dan juga dokongan dari bukan beragama Islam sendiri.

"Kita akan ada beberapa sesi berasingan pengumuman menyertai Pas bersama Eizlan. Malam ini adalah permulaan kepada gelombang kebangkitan rakyat,” ujarnya.

Selain Eizlan dan Annuar, Pas turut menerima 3,000 keahlian baharu termasuk Datuk Fyzal Fauzy, mantan Setiausaha Sulit kepada mantan Menteri Luar, PU Raihan dan Dayangku Intan.

a

Sebelum ini tular foto Eizlan menyertai PAS.

Pas sebelum ini pernah disertai oleh beberapa artis terkenal termasuk Datuk Aishah, Hairie Othman dan Abby Abadi.

Sebelum ini, timbul spekulasi bahawa Eizlan bakal menyertai Pas selepas kalah bertanding di kerusi Parlimen Sabak Bernam mewakili Parti Pejuang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.

Ia menjadi bualan ramai selepas tular foto memaparkan dirinya bersama beberapa figura politik daripada Perikatan Nasional termasuklan Annuar Musa.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain