suria

“Bimbang ia semakin membesar” - Ubai selamat jalani pembedahan buang ketumbuhan di kepala

Ubai selemat jalani pembedahan dalam sebuah prosedur kecil.

PERSONALITI media sosial Ubai selamat menjalani pembedahan kecil membuang ketumbuhan pada bahagian kepalanya di sebuah klinik swasta di Kuala Lumpur pada pagi Jumaat.

Kata Ubai atau Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, 25, dia mula menyedari ketumbuhan tersebut sejak tiga tahun lalu.

Atas nasihat doktor dan bimbang ketumbuhan itu semakin membesar, Ubai mengambil keputusan untuk melakukan pembedahan.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Kita ikut adat”... Ubai dah beli cincin, bersedia kahwin Shila Amzah

ARTIKEL BERKAITAN: Shila Amzah dakwa trauma hingga kini akibat jadi mangsa dera emosi, fizikal dan kewangan

"Hanya pembedahan kecil sahaja membuang ketumbuhan di bahagian kepala. Saya dah mula kesan sejak tiga tahun lalu masalah ini.

"Ia semakin membesar dan doktor juga nasihatkan supaya buang agar tidak menjadi lebih besar sebab itu saya lakukan pembedahan," katanya ketika dihubungi mStar pada Jumaat.

Terdahulu, Ubai memuat naik gambar ketika dan selepas menjalani pembedahan itu di Instastory miliknya.

ubai 2

Shila dilihat turut bersama Ubai selepas pembedahan.

Dalam pada itu, kekasih kepada penyanyi Shila Amzah ini turut meluahkan rasa syukur kerana pembedahan itu berjalan lancar.

Masih dalam keadaan lemah, Ubai berkata dia dinasihatkan oleh doktor untuk berehat.

"Syukur semuanya selesai. Sekarang tengah berehat lagi dan masih dalam keadaan lemah lagi," ujarnya ringkas.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain