suria

Kongsi foto dalam bilik bersalin... Rebecca Nur Islam selamat lahirkan anak keenam secara pembedahan

Rebecca selamat melahirkan cahaya mata keenam.

PELAKON Datin Rebecca Nur Al Islam berkongsi berita gembira kelahiran anak keenamnya di Hospital Gleneagles, Ampang, Kuala Lumpur pada pukul 8.30 pagi Jumaat.

Menurut Rebecca, 37, bayi lelaki itu selamat dilahirkan secara pembedahan dengan berat 2.71 kilogram dan proses kelahiran berjalan lancar tanpa sebarang komplikasi.

Aktres berkenaan turut mengucapkan terima kasih buat peminat yang sentiasa mendoakan kebaikan buat dirinya dan bayi.

rebecca1 - 1

Rebecca menzahirkan ucapan terima kasih buat suami.

"Alhamdulillah, di pagi Jumaat yang penuh barakah hari ini pada pukul 8.30 pagi, saya telah melahirkan anak lelaki dalam keadaan pembedahan yang seberat 2.71 kilogram dan ketinggian 34 sentimeter.

"Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang tidak putus-putus mendoakan buat saya dan bayi lelaki ini," katanya menerusi Instastory.

ARTIKEL BERKAITAN: Dalam gembira ada duka... Rebecca Nur Al Islam hamil anak keenam, ada kemungkinan terpaksa digugurkan

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] "Sayang... tolong jangan tinggalkan saya" - Rebecca panik suami sesak nafas di rumah, katil hospital swasta dah penuh

Rebecca bagaimanapun masih belum berkongsi wajah cahaya matanya itu dan hanya menggunakan emoji cinta bagi menutupi bahagian muka.

Dalam pada itu, Rebecca turut mengucapkan terima kasih kepada suaminya iaitu Datuk Nur Azman Sulaiman, 55, kerana sentiasa berada di sisi sepanjang proses melahirkan bayi mereka.

"Terima kasih sentiasa ada di sisi isterimu," ujarnya.

Sebelum ini menerusi laporan mStar, Rebecca memaklumkan kandungannya itu berisiko tinggi kerana kesemua anaknya dilahirkan menerusi pembedahan dan mungkin boleh membahayakan dirinya.

Bagaimanapun, selepas mendapatkan nasihat dan membuat pemeriksaan di hospital, Rebecca dibenarkan meneruskan kehamilan dengan pemantauan doktor.

Untuk rekod, Rebecca mendirikan rumah tangga bersama Nur Azman pada 14 Januari 2011.

Pasangan ini dikurniakan lima cahaya mata iaitu Nor Anggun Raverra, 11, Nor Anggerik Renesmee, 10, Nor Aliff Al-Raffael, 7, Nor Ahmed Al-Reaggan, 4 dan Nor Aurora Riana, 4.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain