suria

Sharnaaz Ahmad pilih orang biasa sebagai teman wanita, tak mahu dalam kalangan artis

Hubungan Sharnaaz dalam masalah?

JIKA diberi pilihan, pelakon Sharnaaz Ahmad tidak mahu bakal teman wanitanya menjadi seorang artis atau pun pelakon.

Sharnaaz atau Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 38, berkata, keputusannya itu muktamad untuk tidak menjalinkan hubungan dengan wanita dari industri sama.

Selain itu katanya, dia mahu mencari seorang wanita yang sederhana sebagai teman hidupnya.

"Teman wanita saya yang seterusnya takkan menjadi seorang artis, pelakon. Noktah! Biar yang sedang sudah," katanya.

1cb1b57d-3f17-4d0b-961a-1b07f697230d

Sharnaaz tidak mahu cari pasangan bukan dari industri sama.

Sharnaaz berkongsi perkara itu menerusi Instastory miliknya pada petang Jumaat.

Dalam pada itu, pelakon itu secara berseloroh berkata kriteria ditetapkan itu seolah-olah ada wanita yang mahu mendekatinya.

Sharnaaz juga menukar panggilan teman wanita kepada isteri agar lebih sedap didengari.

ARTIKEL BERKAITAN: Sharnaaz Ahmad kemuka representasi, ada kemungkinan pengadu tak mahu teruskan kes

ARTIKEL BERKAITAN: Sharnaaz Ahmad dah ada kekasih tapi malu nak cerita... Minta peminat jaga sensitiviti bekas isteri

"Macamlah orang nak dekat aku! Okaylah isteri seterusnya. Baru sedap sikit dengar," ujarnya.

Sementara itu, Sharnaaz ketika dihubungi mStar berkata status berkenaan ditulis sekadar suka-suka sekali gus menyangkal dakwaan hubungannya dengan seorang wanita kini bermasalah sehingga mahu mencari kekasih lain.

"Status suka-suka cari fasal, taklah," katanya menerusi WhatsApp.

1 (4)

Sharnaaz bersama anak lelaki Jebat.

Sebelum ini, Sharnaaz memaklumkan bahawa dirinya sedang berkawan rapat dengan seseorang namun enggan berkongsi cerita peribadi secara terbuka.

Malah nama pelakon Amelia Christie menjadi sebutan ramai selepas sahabat karib bekas isterinya, Noor Nabila iaitu Rosix yang dikatakan terlepas menyebut nama aktres berkenaan.

Untuk rekod, Sharnaaz dan Nabila mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 namun mereka sah bercerai pada 9 Julai 2020.

Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Jebat Jayden yang kini berusia lima tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain