suria

Pelakon Gerak Khas Jeff Hassan meninggal dunia akibat serangan jantung 

Jeff Hassan meninggal dunia.

DUNIA hiburan sekali lagi menerima perkhabaran buruk apabila pelakon Jeff Hassan meninggal dunia akibat serangan jantung pada pagi Jumaat.

Allahyarham Jeff atau Muhammad Jefrey Hassan, 56, menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 2.25 pagi di Hospital Segamat, Johor.

Berita pemergian aktor itu disahkan sendiri oleh rakan artis iaitu Mak Wan atau Halimatussa'diah Mohd Daud.

jeff1 - 1

Jeff banyak membintangi drama termasuk Gerak Khas.

"Saya dapat berita sedih ini daripada Persatuan Seniman Malaysia (Seniman). Saya dimaklumkan Allahyarham meninggal sebab sakit jantung," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Mak Wan memberitahu dia tidak mengetahui Jeff mempunyai penyakit kerana sering dilihat berada dalam keadaan sihat.

Mak Wan juga sering bekerjasama dengan Jeff dan menyifatkan Allahyarham seorang pelakon yang baik dan berbakat.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Ridzuan Hashim meninggal dunia, rebah ketika sarapan

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Vokalis XPDC Mael meninggal dunia akibat sesak nafas

"Dulu saya selalu juga bekerjasama dengan dia tapi saya tidak tahu pula dia pernah sakit sebab nampak dia sihat sahaja.

"Dia bagus berlakon. Dia selalu buat hal dia sendiri tak kacau orang lain. Dia akan menilik skrip dia dan tidak mencampuri urusan artis lain," ujarnya.

Difahamkan, Allahyarham disolatkan di Masjid Bandar Putra, Segamat, pada pukul 8 pagi tadi dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kg Jawa, Segamat, Johor.

Allahyarham sebelum ini sering muncul membawa watak imam dan polis dan antara drama popular yang dibintanginya termasuk Gerak Khas.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain