suria

[V] Saari Amri anggap Hattan tak perlu mohon maaf, calar imej sebagai penyanyi senior

KOMPOSER Saari Amri menyifatkan penyanyi Datuk Hattan tidak perlu membuat sebarang permohonan maaf susulan didesak berbuat demikian kerana dianggap biadab ketika bersiaran langsung di Astro Awani minggu lalu.

Saari atau Saari Jusoh, 57, berkata, sekiranya Hattan berbuat demikian ia boleh mencalarkan imej dan reputasinya sebagai penyanyi senior dan dihormati.

"Bagi saya dia tak perlu minta maaf sebab itu memang gaya dia, lagipun kalau dia buat permohonan maaf kejantanannya akan tercabar... jadi lebih baik diam sahaja.

"Secara peribadi dia (Hattan) memang seorang yang susah nak minta maaf," katanya kepada mStar.

photo1683267085

Datuk Hattan digesa membuat permohonan maaf terhadap Nur Syazwani.

Dalam pada itu, Saari berkata, karakter Hattan memang kasar selain bicaranya tidak bertapis apabila melontarkan pendapat tentang sesuatu perkara.

Pun begitu katanya, itu bukan tiket untuk penyanyi lagu Bisa Bonar itu bersikap biadab apatah lagi ketika bersiaran langsung.

"Saya sudah lama kenal Hattan dan tahu bagaimana karakternya... mulutnya memang 'laser' dan tidak bertapis," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Not Interested” - Ini jawapan Hattan selepas diselar netizen perlekeh penyampai berita semasa live

ARTIKEL BERKAITAN: Hattan terus digesa mohon maaf... Gabungan kelab media kesal sikap tidak profesional artis senior

Sementara itu, Saari berkata, dia tidak berkecil hati apabila pembaca berita berkenaan, Nur Syazwani Saiful Sham menyangka dia sudah meninggal dunia dalam temu bual berkenaan.

Sebaliknya kata Saari, dia berasa bangga namanya masih dalam ingatan terutamanya dalam generasi hari ini.

photo1683267256

Saari Amri meluahkan rasa kesian terhadap Nur Syazwani.

"Apabila pembaca berita itu menyebut nama saya, terkejut juga tapi tak sangka masih ada orang ingat saya lagi.

"Tiada masalah atau terguris hati walaupun nama saya tersalah sebut oleh pembaca berita itu yang menganggap saya sudah tiada.

"Saya rasa bangga pula sebab sekurang-kurangnya ada yang mengenali Saari Amri," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain