suria

Amir Jahari minta maaf pada Mas Ermieyati isu lagu Hasrat, janji jaga adab tegur orang lebih berusia

Amir Jahari tampil mohon maaf pada Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

PENYANYI dan komposer Amir Jahari tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Ahli Parlimen Masjid Tanah iaitu Datuk Mas Ermieyati Samsudin selepas mengeluarkan kenyataan tidak mengizinkan lagu nyanyiannya berjudul Hasrat digunakan untuk sebarang agenda politik.

Amir atau Mohammad Amirullah Jahari, 31, berkata, tindakannya menegur figura politik itu yang menggunakan lagu runut bunyi filem Imaginur tersebut agak keterlaluan.

Malah Amir turut berjanji akan lebih menjaga adab sebelum mengeluarkan kata-kata terutama kepada mereka yang lebih berusia darinya.

059055100_1516035001-8

Amir Jahari mohon maaf kepada YB Mas Ermieyati Samsudin.

"Saya Mohamad Amirullah Jahari dengan rasa rendah diri dan seikhlas hati ingin memohon maaf secara terbuka kepada YB Mas Ermieyati Samsudin atas kesilapan saya memilih kata dan cara yang tidak baik dalam membuat teguran tempoh hari.

"Saya harap YB Mas Ermieyati Samsudin sudi memaafkan segala khilaf saya. Perkara yang terjadi ini memberi pengajaran besar buat saya agar lebih menjaga adab dan kata-kata saya kepada orang lebih tua dan sesama insan," katanya menerusi ciapan di Twitter pada Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: Amir Jahari tak izin lagu ‘Hasrat’ digunakan tujuan politik, pengurus minta MP Masjid Tanah padam video

ARTIKEL BERKAITAN: Penonton menangis dengar OST ‘Imaginur’... Amir Jahari cerita di sebalik maksud lagu ‘Hasrat’

Amir bagaimanapun tetap bertegas dengan pendiriannya untuk tidak membenarkan lagu nyanyiannya digunakan untuk sebarang agenda yang boleh menyemarakkan kemarahan orang ramai.

"Walau bagaimanapun pendirian saya tetap sama. Saya tidak membenarkan karya saya digunakan oleh sesiapa sahaja dalam konten yang mempunyai agenda politik dan perkara yang boleh memporak-perandakan," katanya lagi.

MasEmy2021

YB Mas Ermieyati muat naik video perhimpuan menggunakan lagu Hasrat.

Sebelum ini, Amir bertindak menegur Mas Ermieyati selepas ahli parlimen itu memuat naik satu video yang menghimpunkan visual bekas perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan penggubahan wang haram dan salah guna kuasa.

Menerusi video tersebut turut dihimpunkan visual solidariti penyokong terhadap Muhyiddin dengan menggunakan lagu Hasrat sebagai latar belakang.

Amir meminta video berkenaan diturunkan atau tindakan selanjutnya akan diambil.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain