suria

Syifa Melvin selamat bergelar isteri Safawi Rasid dengan sekali lafaz

Syifa dan Safawi selamat bergelar suami isteri pada malam Isnin.

PELAKON dan pempengaruh media sosial Syifa Melvin selamat bergelar isteri kepada pemain bola sepak pasukan Johor Darul Takzim (JDT) Safawi Rasid dengan sekali lafaz pada malam Isnin.

Syifa atau Nur Syifa Athirah Amirul Melvin, 28, dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan Khairil Nizam yang berwakil walikan bapanya iaitu Amirul Melvin Abdullah.

Majlis pernikahan pasangan itu diadakan secara tertutup di Hotel Hilton, Petaling Jaya yang dihadiri ahli keluarga dan kenalan terdekat pengantin.

Safawi menyarungkan cincin ke jari Syifa.

Pada majlis berkenaan, Safawi atau Muhammad Safawi Rasid, 25, menyerahkan mas kahwin berupa sebentuk cincin kepada Syifa.

Terdahulu, berita pernikahan pasangan tersebut kecoh di media sosial apabila kad undangan perkahwinan mereka tersebar namun Syifa atau Safawi masing-masing enggan mengesahkan perkara tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Syifa Melvin dan Safawi Rashid dah pakai inai, peminat mula beri ucapan selamat pengantin baharu

ARTIKEL BERKAITAN: Heboh Syifa Melvin bakal nikah esok, Safawi Rashid kata ‘stay tuned’

Safawi bagaimanapun memberitahu dia tidak berniat menyembunyikan perkahwinan tersebut sebaliknya lebih selesa ia tidak dihebohkan kepada orang ramai.

"Bukan saya tidak mahu beritahu media atau sombong, cuma kalau boleh saya punya perkahwinan nak ia berjalan dengan tenang dan tidak mahu kecoh-kecoh.

Sama cantik, sama padan... Syifa dan Safawi tamatkan spekulasi mengenai perkahwinan mereka.

"Tarikh ini saya pilih sebab ada sesuatu yang istimewa," katanya.

Terdahulu, pasangan ini diraikan dalam majlis berinai yang diadakan pada malam Ahad.

Sementara itu, majlis bertandang di pihak lelaki akan diadakan pada 3 Disember ini.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

TMJ beri bayangan KJ bakal jadi CEO JDT