suria

Sharifah Sakinah sahkan mahu cerai

Sakinah sahkan bakal bercerai selepas hampir dua tahun mendirikan rumah tangga.

PELAKON Sharifah Sakinah mengesahkan bakal berpisah dengan suaminya, Michael Hensen selepas memberi bayangan rumah tangga mereka sedang dilanda masalah.

Sakinah atau Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired, 33, berkata, hubungan jarak jauh antara punca dia memilih untuk berpisah dengan Michael.

Dedahnya lagi, sepanjang tiga tahun bersama pemuda berasal dari Sweden itu, hubungan mereka sering dilanda badai malah dia juga berhasrat untuk tidak lagi berulang-alik dari Malaysia ke negara itu kerana ia memenatkan.

sakinah 2

Sakinah pilih jalan berpisah dengan suami.

"Ya, kami akan bercerai dan akan menjalani kehidupan masing-masing selepas ini.

"Saya tidak mahu lagi menjalani hubungan jarak jauh kerana ia memenatkan. Tenaga saya sudah habis. Saya mahu gembira dan memberi fokus kepada kehidupan.

"Michael tidak boleh menetap di Malaysia kerana mempunyai komitmen kerja dan keluarga yang masih di bawah tanggungannya," kata pelokon itu seperti dilaporkan Kosmo pada Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: Kapsyen IG cetus tanda tanya, Sharifah Sakinah beri bayangan perkahwinan sudah berakhir... “Kami tak boleh jadi pasangan lagi”

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Shiera sudah telefon minta kepastian, Sharifah Sakinah minta keluarga jangan campur tangan isu rumah tangga goyah

Terdahulu, Sakinah mengejutkan peminat apabila memberi bayangan seolah-olah perkahwinannya dengan Michael sudah berakhir apabila membuat hantaran mengenainya di Instagram miliknya pada Khamis lalu.

Mengulas mengenai luahannya itu, Sakinah berkata, dia berbuat demikian agar tidak timbul salah faham jika dia dilihat bersama lelaki lain selepas ini.

Saya ada bercakap dengan Michael, jika dia ada berjumpa dengan wanita lain, teruskan

SHARIFAH SAKINAH

PELAKON

Malah, dia turut meminta Michael untuk meneruskan kehidupan termasuk bertemu dengan wanita lain sebagai pengganti dirinya.

"Saya ada bercakap dengan Michael, jika dia ada berjumpa dengan wanita lain, teruskan," katanya.

Sakinah dan Michael berkahwin pada penghujung 2020 namun hanya berkongsi tentang perkahwinan mereka kepada umum pada Februari 2021.

sakinah 3

Sakinah bersama anaknya Anais.

Pelakon itu sebelum ini pernah berkahwin dengan juruterbang, Aliff Adha pada 2015 namun pasangan itu bercerai pada Mei 2020.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Anais Adha yang kini berusia lima tahun.

Manakala Michael pula mempunyai dua cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain