suria

Tabiat menyanyi ‘kuat’ di tempat umum jadi bualan, penyanyi Rayme Zainal dikatakan pelik... netizen pula samakan wajah dengan Roslan Shah

Rayme Zainal tidak mahu namanya dikaitkan dengan mana-mana artis.

NAMA penyanyi baharu Rayme Zainal semakin mendapat perhatian ramai apabila video memperlihatkan dia sedang menyanyi di sebuah restoran dalam nada yang kuat menjadi bualan dalam kalangan pengguna media sosial.

Dilihat sebagai seorang yang pelik, Rayme, 44, bagaimanapun enggan mengambil pusing tentang semua kritikan terhadapnya kerana menganggap ia boleh mematahkan semangatnya untuk bertahan sebagai anak seni.

"Kadang-kadang ada juga rasa tertekan apabila video berkenaan menjadi bualan ramai namun saya tak terlalu memberi fokus dengan komen-komen diberikan.

"Saya faham ini adalah salah satu perkara yang perlu saya hadap apabila mengambil keputusan untuk bergelar selebriti.

Rayme Zainal enggan ambil pusing kata netizen.

"Saya yakin, lama-kelamaan orang akan terbiasa melihat saya begitu dan tidak lagi bercakap mengenai isu sama," katanya.

Bukan hanya tabiatnya itu menjadi bualan, malah wajah Rayme juga dikatakan mempunyai iras dengan pengacara asal Singapura, Roslan Shah.

ARTIKEL BERKAITAN: Roslan Shah ditahan imigresen di Jeddah, kongsi detik cemas 30 minit disoal siasat gara-gara berbual dengan staf kaunter

ARTIKEL BERKAITAN: Jamal Abdillah terima permohonan maaf Roslan Shah, tak mahu buang masa gaduh perkara remeh

Mahu berdiri atas bakat sendiri, Rayme tidak mahu dia terus dikaitkan dengan mana-mana artis lain kerana bimbang dianggap cuba menumpang populariti mereka.

"Selalu sahaja orang tegur wajah saya sama seperti Roslan... ada juga orang kata macam Cico Harahap, siap ada buat perbandingan di media sosial.

Saya tidak mahu nanti ia menjadi sebutan sehingga dikatakan menumpang populariti.

RAYME ZAINAL

PENYANYI

"Saya tidak kenal mereka secara peribadi dan tiada kaitan dengan kedua-duanya. Biarlah orang kenal saya sebagai Rayme dan lagu yang saya tampilkan.

"Saya bukan apa tidak mahu nanti ia menjadi sebutan sehingga dikatakan menumpang populariti," jelasnya.

Rayme yang sebelum ini pernah menyertai program All Together Now Malaysia musim pertama melancarkan single kedua berjudul Andai pada Mei lalu.

Rayme Zainal tidak mahu tumpang nama Roslan Shah.

Penyanyi itu sebelum ini pernah tampil dengan single Andai Esok pada 2020 selain sebuah lagu raya ciptaannya sendiri berjudul Rindu Di Hari Raya.

Meletakkan harapan tinggi untuk terus berkembang dalam karier seni, Rayme juga sudah membuat perancangan rapi bagi menyusun kerjayanya sepanjang tahun hadapan.

"Kehadiran saya bukan untuk bersaing, tetapi lebih kepada berkongsi mintadan bakat dengan pendengar.

"Harapan saya agar lagu ciptaan saya diterima pendengar dan mendapat tempat dalam industri hiburan," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain