suria

Kahwin dulu baru minta maaf… Danial Zaini cabar Iqbal buktikan serius cintakan Vida - “Tak perlulah berlakon... sudah-sudah la tu”

Danial dikatakan melakonkan semula aksi Ahmad Iqbal ketika sambutan hari lahirnya bersama Vida baru-baru ini.

KEKECEWAAN yang diluahkan usahawan Ahmad Iqbal apabila kisah cintanya dijadikan bahan parodi di program MeleTOP tidak membuatkan pelawak Danial Zaini berasa perlu membuat permohonan maaf.

Danial atau nama sebenarnya Muhamad Danial Mohd Zaini berkata, dia hanya akan bertindak demikian sekiranya usahawan itu membuktikan hasrat berkahwin dengan jutawan kosmetik Datuk Seri Vida (DSV) bukan gimik bagi melariskan jualan mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Iqbal tersinggung kisah cinta dengan Vida jadi bahan jenaka... sampai ‘MeleTOP’ pun buat parodi - “Sedih isu serius orang buat main-main”

ARTIKEL BERKAITAN: Kemenangan MLS2 ubati Danial Zaini, akui pernah tawar hati dengan dunia komedi

"Saya hanya akan mohon maaf kepada Iqbal selepas dia buktikan apa yang dia buat itu bukan semata-mata content untuk marketing busines dia.

Danial 2

Danial menjelaskan jalan cerita parodi itu berbeza dengan video Iqbal dengan Vida.

"Kalau betul dia kahwin dengan DSV, barulah saya akan minta maaf. Sebab saya rasa seluruh rakyat Malaysia tahu yang kisah mereka ini hanya untuk content saja.

"Tak perlulah berlakon... sudah-sudah la tu. Kita hidup di zaman 2021, jadi jangan anggap semua orang tak tahu," ujarnya kepada mStar.

Danial berkata demikian bagi mengulas luahan bekas pembantu peribadi (PA) Ahmad Iqbal, 27, yang tersinggung dengan tindakan segelintir pihak mempersendakan niatnya mengahwini DSV.

Kata Iqbal, banyak content di media sosial termasuklah program televisyen menggunakan kontroversinya itu sebagai bahan hiburan dan jenaka.

Kalau dia terasa, itu terpulang kepada dia.

DANIAL ZAINI

PELAWAK

Malah, program hiburan MeleTOP juga tidak ketinggalan menyiarkan video parodi berkaitan kontroversi mereka.

Menerusi video itu, Catriona Ross, Jihan Muse dan Danial Zaini dilihat melakonkan semula sebahagian aksi yang dimuat naik oleh Iqbal di Instagram sebelum ini.

Susulan luahan Iqbal itu, Catriona Ross tampil memohon maaf namun menafikan tuduhan usahawan itu bahawa dirinya melakukan video tersebut disebabkan tawaran lumayan.

Danial 1

Kisah cinta Iqbal dan Vida menjadi tular sejak awal September lalu.

Sementara itu, Danial berkata, dia hanya menjalankan tanggungjawab sebagai pelakon, malah mereka tidak menyebut nama mana-mana individu dalam video berkenaan.

"Soal parodi MeleTOP tu bagi saya, sudah menjadi tanggungjawab saya sebagai seorang pelakon untuk menjalankan tugas seperti yang diarahkan.

"Lagipun dalam parodi itu kami tidak menyebut nama mana-mana individu dan jalan cerita pun berbeza. Tapi kalau dia terasa, itu terpulang kepada dia.

"Apa yang saya dan rakan lain buat hanya jalankan kerja sebagai pelakon sahaja," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain