suria

Kasihan PU Abu, nama jadi ‘content’ ulasan gara-gara pendakwah disiasat kes gangguan seksual - “Jangan ambil kesempatan... buka ruang fitnah”

Nama PU Abu dikaitkan dengan kes pendakwah terkenal gara-gara kisah rumah tangga pernah menjadi viral.

GARA-GARA pernah viral disebabkan kisah rumah tangga, nama Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan dikaitkan pula dengan kes melibatkan pendakwah terkenal yang kini disiasat atas tuduhan gangguan seksual.

Abu atau nama sebenarnya Muhammad Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi memohon agar semua pihak berhenti menjadikan kisahnya sebagai kandungan untuk mengulas isu yang sedang berlaku.

ARTIKEL BERKAITAN: Penyebaran video, screenshot mesej di media sosial ganggu siasatan kes pendakwah terkenal

ARTIKEL BERKAITAN: PU Abu 'kunci mulut' soal rujuk semula dengan bekas isteri pertama - “Saya tak nak komen, tanya Hana sendiri!”

"Saya terpanggil untuk bercakap mengenai isu ini sebab nama saya turut dikaitkan. Saya hanya ingin meminta semua pihak tidak kaitkan saya dengan isu ini.

Abu 2

PU Abu kesal ada segelintir pihak kaitkan namanya dengan isu pendakwah terkenal.

"Sebelum ini saya pernah viral tapi isu melibatkan peribadi dan sebab itu orang buat 'troll'. Tapi isu pendakwah terkenal itu melibatkan undang-undang.

"Jadi, biarlah pihak berkuasa menjalankan siasatan. Tak perlu nak kaitkan dengan orang lain atau ulas isu ini," katanya kepada mStar.

Sebelum ini, PU Abu pernah menjadi viral gara-gara kontroversi menceraikan isteri pertama ketika sedang hamil dan berkahwin dengan wanita lain.

Selain PU Abu, nama Da'i Syed dan Da'i Farhan turut dikaitkan dengan isu melibatkan pendakwah terkenal tersebut.

Nasihat saya, janganlah ambil kesempatan atas apa yang berlaku.

ABU SUFYAN

PENCETUS UMMAH

Menerusi laporan mStar, polis telah membuka siasatan berikutan penyebaran video dan mesej yang didakwa mempunyai kaitan dengan seorang personaliti dakwah.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998 (Penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian).

Dalam pada itu, PU Abu turut melahirkan rasa kecewa apabila terdapat segelintir pendakwah selebriti dan influencer yang mengambil kesempatan untuk mengulas isu tersebut.

Abu 1

Video mirip pendakwah terkenal iaitu Ebit Lew kini menjadi perbualan hangat di media sosial.

PU Abu berpendapat isu tersebut tidak sepatutnya diulas di media sosial memandangkan ia masih dalam siasatan polis.

"Saya perasan ada segelintir pendakwah selebriti dan influencer turut mengulas mengenai isu tersebut. Bagi saya, tidak perlu sebenarnya.

"Kes itu pun masih dalam siasatan polis. Nasihat saya, janganlah ambil kesempatan atas apa yang berlaku. Lagi kita ulas, seperti membuka ruang untuk fitnah.

"Biar hanya dua pihak saja terlibat iaitu pihak yang memperjuangkan hak mangsa wanita dan pihak berkuasa yang menyiasat kes tersebut," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain