suria

Bapa Faizal Tahir dan Ashraf Muslim meninggal dunia... Al-Fatihah

Faizal dan Ashraf kehilangan bapa pada hari yang sama.

KHABAR duka menghimpit Faizal Tahir dan Ashraf Muslim apabila bapa kepada kedua-dua selebriti berkenaan menghembuskan nafas terakhir pada pagi Selasa.

Berita berkenaan dikongsikan mereka menerusi Instagram.

Menerusi maklumat yang dikongsikan dalam kalangan warga kariah Surau al-Muqarrabin Puncak Alam, bapa Faizal iaitu Dr Mohd Tahir Abdul Rahman meninggal dunia pada usia 71 tahun kira-kira pukul 3.40 pagi akibat sakit jantung.

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa Ashraf Muslim kritikal akibat Covid-19 tahap 5, organ dalaman rosak - “Ya Allah aku belum sedia terima perkara tak diingini berlaku”

Jenazah Allahyarham akan diuruskan di Masjid Puncak Alam dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Puncak Alam, Selangor.

Faizal Ashraf 1

Bapa Faizal Tahir meninggal dunia akibat sakit jantung.

Allahyarham merupakan bekas pensyarah Universiti Malaya dan seorang aktivis badan NGO, Aqsa Syarif.

Dalam pada itu, selepas lapan hari kritikal akibat Covid-19, bapa kepada pelakon Ashraf Muslim iaitu Muslim Bulat disahkan meninggal dunia pada pukul 6.17 pagi, Selasa.

"Assalamualaikum semua, hari ini hari yang paling sedih... ayah dah meninggalkan kami dalam keadaan yang baik dan tenang.

"Mungkin itu yang terbaik untuk dia, sebab Allah lebih sayangkan ayah daripada kami.

Faizal Ashraf 2

Ashraf reda dengan pemergian bapanya.

"Saya sebagai anak yang sulung ingin memohon maaf atas segala kesilapan ayah saya yang pernah dilakukan sewaktu dia masih hidup. Kalau ada hutang-hutang atau pekara yang masih belum diselesaikan boleh hubungi saya.

"InsyaAllah, sama-sama kita doakan semoga ayah ditempatkan di tempat yang special di alam barunya bersama mereka yang beriman... InsyaAllah," katanya.

Sebelum ini Ashraf memaklumkan bapanya dimasukkan ke unit rawatan separa kritikal (IDCU), Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) akibat jangkitan Covid-19.

Menurut Ashraf, keadaan kesihatan bapanya dilaporkan kritikal kerana terdapat kerosakan pada organ dalaman sehingga memerlukan bantuan pernafasan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain