suria

Menitis air mata dengar tangisan bayi, Azmi Saat sebak kenang hampir putus asa tunggu zuriat - “Alhamdulillah, akhirnya Allah bagi”

Azmi luah rasa syukur akhirnya dapat timang cahaya mata lelaki.

HARI yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba!

Penantian 10 tahun penyanyi Azmi Saat berakhir apabila dia kini sudah bergelar bapa selepas isterinya, Naziah Muhammad selamat melahirkan cahaya mata lelaki pada Selasa.

Azmi atau nama sebenarnya Khairul Azmi Saat, berkata kelahiran bayi yang diberi nama Khairul Afnan itu merupakan hadiah terbesar sempena hari ulang tahun kelahirannya yang ke-34.

ARTIKEL BERKAITAN: Sedia sambut bayi sulung, Azmi Saat ‘korek’ tabung hantar isteri bersalin hospital swasta - “Sanggup berkorban, dia dah mengandungkan anak saya”

"Bersyukur sangat, macam-macam perasaan ada... gembira dan sebak. Apabila dengar tangisan pertama bayi tu, kami menangis.

"Bayi saya selamat dilahirkan secara pembedahan pada pukul 9.09 pagi. Kira-kira 40 minit saya teman isteri dalam bilik pembedahan," katanya ketika dihubungi mStar.

Ujar vokalis kumpulan Caliph Buskers itu, isterinya melahirkan anak mereka secara pembedahan atas saranan dan nasihat doktor bagi mengelakkan sebarang komplikasi.

"Bayi dilahirkan secara pembedahan sebab tak nak sebarang komplikasi berlaku. Sebab kalau bersalin normal risau ada apa-apa berlaku.

"Jadi doktor sarankan bersalin secara bedah dan kami pilih tarikh sama dengan hari lahir saya iaitu hari ni," katanya.

Bersyukur sangat, macam-macam perasaan ada... gembira dan sebak

AZMI SAAT

PENYANYI

Selain itu Azmi juga bersyukur kerana dapat menemani isteri semasa proses menyambut kelahiran anak mereka.

"Alhamdulillah saya dibenarkan untuk masuk bersama dengan isteri dalam bilik pembedahan.

"Excited, sebak sebab tak sangka... yerlah kami pernah hampir putus asa. Tak nak berharap fikir pasal anak, tapi akhirnya Alhamdulillah, Allah bagi," ujarnya.

Untuk rekod, Azmi mendirikan rumah tangga bersama isterinya Naziah Muhammad pada 2011.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Azmi Saat, anak lelaki, Khairul Afnan

Artikel Lain