suria

Pemain Squid Game nombor 067 ini dikatakan ada ‘kembar’ pelakon Malaysia, Nadhir Nasar reda saja - “Mungkin sebab rambut dan muka tak senyum tu”

Nadhir dikatakan kembar lelaki kepada pelakon korea, Jung Ho Yeon.

NAMA pelakon Nadhir Nasar menjadi perhatian selepas tular video yang menyamakan wajahnya dengan pelakon drama siri popular Squid Game iaitu Jung Ho Yeon.

Akui sudah menonton video tersebut, Nadhir atau nama sebenarnya Ahmad Nadhir Ahmad Nasar berkata kemungkinan netizen melihat persamaan mereka dari segi rambut serta raut wajah.

ARTIKEL BERKAITAN: Siapa Nadhir Nasar tiba-tiba jadi kegilaan gadis? Watak Hilmi Projek Anchor SPM bikin ramai tak keruan...

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Squid Game’ pecah rekod drama Korea paling popular selepas seminggu ditayangkan... trending no 1 di banyak negara termasuk AS

Selain itu pelakon berusia 27 tahun ini juga menganggap mereka mempunyai persamaan dalam perjalanan karier yang bermula daripada dunia peragaan.

Nadhir 2

Peminat kata wajah Jung Ho Yeon mirip dengan Nadhir.

"Saya ada tengok juga video itu dan peminat pun ada beritahu saya. Sejujurnya, kalau daripada segi luaran itu saya tak boleh nak nilai.

"Kalau orang nampak sama, mungkin la kot sama. Mungkin disebabkan rambut dan raut muka tidak senyum itu yang nampak seakan-akan sama.

"Usia kami pun lebih kurang dan mungkin daripada segi kerjaya itu ada persamaan juga sebab kami bermula sebagai model," katanya kepada mStar.

Banyak juga komen-komen negatif tapi kalau saya ternampak, saya biarkan saja.

NADHIR NASAR

PELAKON

Sebelum ini, tular video yang mengatakan Jung Ho Yeon mempunyai kembar lelaki iaitu Nadhir Nasar di aplikasi TikTok.

Jung Ho Yeon mula mendapat tempat di hati peminat K-Drama selepas memegang watak sebagai Kang Sae Byeok dalam siri popular yang ditayangkan di Netflix.

Dalam pada itu, pelakon drama Projek Anchor SPM ini mendedahkan terdapat segelintir netizen di Twitter menganggap dirinya tiada persamaan dengan Jung Ho Yeon.

Nadhir 1

Nadhir enggan melayan komen negatif.

Bagaimanapun Nadhir yang juga juara Hero Remaja 2020 itu tidak melihat perkara tersebut sebagai satu isu yang besar dan membiarkan sahaja komen negatif tersebut.

"Dekat Twitter ada juga segelintir netizen yang kata jangan samakan saya dengan Jung Ho Yeon. Mereka kata saya belum sampai 'level' itu lagi.

"Banyak juga komen-komen negatif tapi kalau saya ternampak, saya biarkan saja sebab ia bukan satu isu yang besar," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain