suria

Sebak baca doa Ibu Neelofa, berat hati nak lepaskan anak kesayangan... pesan minta taat, sayangi suami

Noor Kartini yakin dengan perancangan Allah untuk anak kesayangannya, Neelofa.

BAGI pengikut setia Instagram ibu Neelofa iaitu Datin Noor Kartini Noor Mohamed, sudah pasti mengetahui bahawa usahawan wanita ini sering menulis luahan dan doa untuk keluarga dan anak-anaknya di platform berkenaan.

Terbaharu, Noor Kartini melahirkan rasa syukur apabila majlis pernikahan Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor, 32, dengan pasangan pilihannya iaitu Pencetus Ummah (PU) Riz hujung minggu lalu berjalan dengan lancar.

ARTIKEL BERKAITAN: Neelofa dan PU Riz nampak serasi... video majlis tunang tunjuk ‘sweet moment’ apabila saling bergurau

"Syukur Alhamdullilah segala apa yang dirancangkan berjalan dengan baik dan dirahmati. Ya Allah, ikatan mereka dibina atas perancanganMu dan atas rencanaMu.

TONTON VIDEO MAJLIS PERNIKAHAN NEELOFA & PU RIZ!



Bingkisan momen bahagian Neelofa dan Haris.

"Aku sebagai ibu mensyukuri apa yang telah Engkau rencanakan kerana Engkau adalah sebaik-baik perancang. Wahai anakku sayang @neelofa, taati dan sayangilah suamiMu, Haris.

"Serikanlah mahligai cintamu setiap saat dan setiap waktu seperti mana Adam dan Hawa, Yusuf dan Zulaikha... serta sepeti Engkau satukan Muhammad S.A.W dan Siti Khadijah," katanya.

Noor Kartini memuat naik luahan tersebut menerusi Instagram miliknya pada Isnin dengan berkongsi foto pernikahan Neelofa dengan Riz atau Haris Ismail, 26.

Syukur Alhamdullilah segala apa yang dirancangkan berjalan dengan baik dan dirahmati.

NOOR KARTINI

IBU NEELOFA

Ruang di perkongsian tersebut dipenuhi dengan ucapan tahniah daripada netizen serta rakan selebriti yang turut mendoakan kebahagian pasangan tersebut.

Malah mereka turut mengakui sebak dan terharu dengan doa dan restu seorang ibu untuk kebahagiaan anaknya.

Dalam pada itu, Noor Kartini mengakui dia berasa berat hati untuk melepaskan anak kesayangannya itu namun yakin dengan aturan yang ditentukan Allah.

"Semoga Allah memberkati dan menghimpunkan kamu berdua kebaikan dan keberkatan di dunia akhirat kelak Insya-Allah. Ya Allah Ya Tuhanku, berkati dan serikan mahligai cinta mereka dengan siraman cinta setiap masa.

Noor Kartini doakan agar Neelofa bahagia bersama suami sehingga Jannah.

"Kurniakan kepada mereka zuriat yang soleh dan juga solehah. Doa Mama dan keluarga sentiasa mengiringi gerak langkah dan perjalanan kamu wahai sayangku.

"Berat tangan ini melepaskanmu sayang, tetapi ku tahu ini aturan yang baik buatmu kerana Allah kurniakan kamu pasangan yang baik untuk menyambut lepasan tanganku ke tangannya dan terus membimbing mu ke jalan Allah.

"Mama sentiasa sayangkan love. Semoga berbahagia dan bercinta hingga ke Jannah," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain