suria

Neelofa dan PU Riz nampak serasi... video majlis tunang tunjuk ‘sweet moment’ apabila saling bergurau

Neelofa, PU Riz mahu miliki zuriat yang soleh dan membentuk keluarga berlandaskan ajaran Islam.

MAHU memiliki zuriat yang soleh serta membina keluarga hingga ke syurga merupakan antara impian awal pasangan selebriti Neelofa dan Pencetus Ummah (PU) Riz sebelum mereka mendirikan rumah tangga pada Sabtu lalu.

Perkara itu dikongsikan oleh adik kepada Neelofa iaitu Nur Atisha Khan menerusi saluran YouTube miliknya.

Dalam video yang dirakam semasa majlis pertunangan pada 1 November tahun lalu, Neelofa meletakkan harapan agar perkahwinan itu menjadikannya seorang wanita dan isteri yang solehah.

ARTIKEL BERKAITAN: Apa istimewanya PU Riz? Neelofa cerita saat jatuh cinta - “Dia pendengar yang baik, lemah lembut dan matang”

"Semoga Allah membimbing dan memberkati saya menjadi seorang isteri solehah dan taat kepada suami... dengan ikatan ini memberi saya peluang ke syurga nanti," katanya dalam rakaman tersebut.

TONTON VIDEO MAJLIS PERNIKAHAN NEELOFA & PU RIZ!

Rakaman momen Neelofa dan Haris disatukan sebagai suami isteri.

Sementara itu, PU Riz atau nama sebenar Haris Ismail, 26, pula berkata dia mahu membina keluarga berlandaskan ajaran agama Islam.

"Ucapan saya... perkahwinan ini kita bersama-sama ke syurga, lahirkan ramai zuriat mujtahid (ilmuan berlandaskan islam) di akhir zaman. Anak-anak jadi alim ulama... kita ingatkan sunah dalam keluarga ini," ujarnya.

Menerusi rakaman berkenaan, keserasian antara Neelofa dan Riz dapat dilihat apabila mereka saling bergurau antara satu sama lain.

Saya juga berkesempatan menghadiri kelas-kelas khusus yang memfokuskan kepada persediaan memasuki alam rumah tangga!

NEELOFA

PENGACARA/ PELAKON

Turut dikongsi dalam video itu ialah momen Neelofa disarungkan cincin oleh ibu PU Riz iaitu Datin Seri Normah Johar.

Neelofa atau nama sebenar Noor Neelofa Mohd Noor, 32, sah bergelar isteri PU Riz dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup di Hotel Grand Hyatt pada Sabtu lalu.

Atisha (tengah) kongsi momen istimewa majlis pertunangan kakaknya di laman YouTube.

Majlis bertemakan rona putih itu dihadiri seramai lebih kurang 150 tetamu termasuk ahli keluarga, rakan terdekat dan selebriti.

Menerusi laporan mStar, Neelofa berkata dia sudah melakukan persiapan diri untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri.

Tanda ikatan... ibu PU Riz menyarungkan cincin di jari manis Neelofa.

"Selain banyak membaca, saya juga kerap bertanya dengan ibu dan rakan-rakan terdekat, banyak nasihat yang diberikan dan insya-Allah, saya akan jadikan nasihat tersebut sebagai panduan.

"Dalam masa yang sama, saya juga berkesempatan menghadiri kelas-kelas khusus yang memfokuskan kepada persediaan memasuki alam rumah tangga," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Bapa Qi Razali meninggal dunia