suria

Jom cabar minda teka bidalan... Menangi tunai, peraduan SINAR Emoji Peribahasa menanti anda!

Jom uji kebijaksanaan teka peribahasa dengan emoji.

MASYARAKAT Melayu sememangnya terkenal dengan kata-kata bidalan dan peribahasa bagi memperindahkan sesuatu maksud yang ingin disampaikan secara tersirat.

Dari zaman dahulu lagi, kita sering mendengar peribahasa yang disampaikan dari generasi ke generasi, malahan ianya juga boleh dijadikan sebagai panduan hidup di mana maknanya begitu 'deep' sekali.

Peribahasa mempunyai kecantikan bahasanya yang tersendiri dan jika dikaji serta mendalami intipati atau mesej yang ingin disampaikan kepada golongan sasar sama ada individu atau kumpulan tertentu.

Dan jika anda pelajar yang memberi tumpuan ketika guru mengajar peribahasa di bangku sekolah, sudah tentu anda berpeluang merebut habuan menerusi peraduan yang dianjurkan dan terkini, ditawarkan hadiah wang tunai bernilai RM200.

Caranya mudah sahaja, sertai kempen terbaharu stesen radio SINAR iaitu SINAR Emoji Peribahasa.

Anda hanya perlu meneka peribahasa berdasarkan emoji yang diberikan bagi menggambarkan keseluruhan bidalan tersebut.

Jika peribahasa 'air dicincang takkan putus' sudah biasa didengari dan difahami maksudnya, tapi apakah anda pernah dengar 'air digenggam takkan tiris', apa pula yang dimaksudkan dengan peribahasa tersebut?

Jadi... inilah masanya untuk mencabar pengetahuan peribahasa anda secara meluas di samping merebut hadiah wang tunai yang ditawarkan.

Cabar diri anda dengan meneka SINAR Emoji Peribahasa yang akan dimuat naik menerusi platform media sosial SINAR.

Caranya mudah sahaja:

1. Dengarkan SINAR (melalui radio atau aplikasi SYOK) dan klue akan diberikan oleh penyampai radio SINAR.

2. Tunggu sehingga isyarat pemanggil ke udara.

3. Pemanggil terpantas yang berjaya memberi makna Emoji Peribahasa akan memenangi hadiah wang tunai bernilai RM200.

4. Jika tidak berjaya, wang tersebut akan dibawa dan digandakan ke segmen berikutnya.

Jadi, jangan lepaskan peluang anda dengan mendengar Pagi di SINAR bersama Angah, Rahim dan Jep yang sentiasa menyinari hidupmu.

Untuk maklumat lanjut berhubung peraduan ini, anda boleh layari sinar.my.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain