suria

Michael Ang, Zizan Razak dan Che Ta gamatkan Glam Ke Teng’Glam musim kedua di Awesome TV - “Komen pedas, tapi saya tak takut dikecam”

Michael Ang, Zizan dan Che Ta bergandingan sebagai hos Glam Ke Teng'Glam musim kedua.

SELEPAS mendapat sambutan dan menerima reaksi positif daripada penonton Awesome TV, program Glam Ke Teng’Glam kini kembali dengan musim kedua.

Program yang berkisarkan tentang fesyen selebriti tempatan itu menampilkan barisan hos yang cukup sensasi iaitu Rozita Che Wan (Che Ta), Michael Ang dan Zizan Razak.

Menurut Michel Ang, dia sememangnya sangat menggemari dunia fesyen dan mempunyai koleksi kasut serta beg yang sering dikongsikan di laman sosial miliknya.

Malah akui pengarah drama Setelah Terlafaznya Akad ini, dia kini lebih berani berfesyen selepas berjaya menurunkan berat badan.

Jika mereka tidak bersetuju, mereka ada hak untuk membangkang.

MICHAEL ANG

PENGARAH

"Saya sebenarnya sangat suka berfesyen walaupun saya pernah berbadan besar dahulu. Mungkin saya tidak berfesyen melalui pakaian tetapi saya mempunyai pelbagai koleksi kasut dan beg yang sering saya kongsikan di Instagram.

"Sejak saya hilang berat badan, saya mula berani berfesyen daripada segi pakaian kerana rasa lebih yakin. Saya juga sering memberi pandangan tentang fesyen dalam drama arahan saya," katanya.

Program tersebut akan bersiaran selama 14 minggu bermula sejak 3 Februari lalu dan boleh ditonton di di Awesome TV menerusi saluran 123, Astro dan 112, MyTV serta siaran tertunda menerusi laman web di sini.

Dalam pada itu, pengarah dan pelakon ini juga memberitahu dia sudah bersedia dikecam memandangkan komen yang diberikan dalam program tersebut sangat 'pedas' dan sinis.

Michael akui sedikit kekok ketika penggambaran episod pertama program tersebut.

"Walaupun komen-komen saya dalam program ini berbunyi sangat pedas dan sinis tetapi saya tidak takut jika dikecam kerana komen diberikan kepada mereka secara berhadapan.

"Jika mereka tidak bersetuju, mereka ada hak untuk membangkang. Sebenarnya itulah kelebihan Glam Ke Teng‘Glam," ujarnya.

Sementara itu, Michael mendedahkan dia mempunyai perasaan sedikit kekok ketika penggambaran Glam Ke Teng’Glam episod pertama namun kerjasama daripada Zizan dan Che Ta membuatkan semuanya berjalan lancar.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



TONTON VIDEO PILIHAN!



Artikel Berkaitan

Artikel Lain