suria

Menang wang tunai RM40,000 dengan sertai peraduan Issey Fizi Ajak Selebriti Nyanyi

Issey Fizi Ajak Selebriti Nyanyi tawar hadiah wang tunai sehingga RM40,000.

STESEN radio Suria FM baru-baru ini melancarkan peraduan Issey Fizi Ajak Selebriti Nyanyi dan kempen Bantuan Tunai Suria yang menawarkan hadiah wang tunai berjumlah sehingga RM40,000.

Peraduan ini akan dijalankan di kesemua lima segmen utama Suria iaitu Team Pagi Suria, Gaya Suria, Muzik Top Suria, Suria Petang dan Suria Cinta bermula 22 Februari hingga 9 April ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Mahu jadi penyampai Suria FM? Ini masanya anda tonjolkan bakat terpendam!

Melalui peraduan itu, penyampai Team Pagi Suria iaitu Issey, Fizi dan Ajak serta selebriti jemputan akan menyanyikan dua lagu berbeza pada masa yang sama.

Selepas isyarat peraduan dimainkan, pendengar perlu menghantar maklumat peribadi seperti nama penuh dan nombor kad pengenalan beserta tanda pagar #IsseyFiziAjakSelebritiNyanyi ke nombor WhatsApp Suria di talian 012-5551053.

Penghantar WhatsApp kelima setiap segmen akan dihubungi dan berpeluang memenangi wang tunai bernilai RM200 jika dapat meneka kedua-dua tajuk lagu dan nama penyanyi serta nama selebriti jemputan dalam klip audio yang diberikan dengan betul dalam masa 10 saat.

Sekiranya pendengar gagal menjawab dengan betul, wang tunai akan digandakan pada segmen berikutnya.

Tarikh peraduan Issey Fizi Ajak Selebriti Nyanyi adalah pada 22 Februari sehingga 19 Mac depan.

Kempen Bantuan Tunai Suria berlangsung sehingga 9 April depan.

Sementara itu, kempen Bantuan Tunai Suria pula akan memberi peluang pendengar bertuah memenangi wang tunai RM300 dengan hanya memberikan kata laluan apabila dihubungi oleh penyampai Suria.

Pendengar yang ingin memasuki peraduan ini perlu mendaftarkan maklumat peribadi mereka dan lengkapkan ayat “Saya Mahu Bantuan Tunai Suria...... (tidak lebih daripada 15 patah perkataan)” terlebih dahulu di laman web suria.my.

Pendengar terpilih akan dihubungi penyampai Suria yang bertugas dan perlu memberikan kata laluan yang dimuatnaik di aplikasi Suria Malaysia 30 minit sebelum isyarat peraduan dikeudarakan.

Sekiranya pendengar terpilih gagal menjawab kata laluan yang betul atau tidak menjawab panggilan, wang tunai secara automatik akan digandakan pada segmen berikutnya.

Tarikh kempen Bantuan Tunai Suria adalah pada 22 Mac hingga 9 April depan.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Suria www.suria.my.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain