suria

Aliff Syukri sedih tak dapat ‘shopping’ gara-gara Covid-19 - “Sebab kau... aku terseksa, tak boleh jalan-jalan luar negara!”

Aliff merayu agar wabak Covid-19 berakhir dengan cepat supaya dia dapat lakukan aktiviti seperti biasa.

PANDEMIK wabak Covid-19 atau coronavirus sejak awal tahun sememangnya memberi impak yang besar sehingga menyebabkan ramai orang kehilangan punca pendapatan.

Bagaimanapun berbeza pula dengan usahawan Datuk Seri Aliff Syukri yang menganggap wabak tersebut menjadi punca dia tidak dapat melakukan aktiviti seperti membeli-belah dan bercuti di luar negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi foto lama, Aliff Syukri ditanya tentang perubahan pada hidung - “Saya tak larat nak ulas benda sama”

"Tolonglah pergi jauh-jauh... tolong. Kenapa kau nak datang dekat-dekat dengan aku. Kenapa kau datang dekat sini. Aku merayu dekat kau... tolong la, jauh-jauh.



Antara komen yang ditinggalkan netizen.

"Sebab kau, aku terseksa... sebab kau, aku menangis, sebab kau... aku tak boleh jalan-jalan, tak boleh shopping, tak boleh nak ke luar negara. Orang semua tak boleh nak meeting.

"Tolong corona (coronavirus), tolong jauh, tolong pergi! Muncul... datang lagi, kenapa? Dulu dah baik-baik kau berambus, sekarang kau datang lagi.

"Tolonglah corona, kita nak berniaga, nak hidup seperti sedia kala, nak happy. Kalau kau tak nak pergi, aku halau kau, aku teranjang kau, aku sepak kau," kata Aliff.

Dulu dah baik-baik kau berambus, sekarang kau datang lagi.

DATUK SERI ALIFF SYUKRI

USAHAWAN

Penyanyi lagu Bobo Dimana itu meluahkan perasaannya menerusi sebuah rakaman yang dimuat naik di laman Facebook miliknya.

Luahan Aliff itu bagaimanapun dikecam netizen yang beranggapan usahawan itu hanya memikirkan aktiviti tidak penting berbanding kesusahan yang perlu dihadapi orang lain dalam keadaan sekarang.

"Dah macam ini pun nak fikir jalan-jalan. Kalau boring sangat, pergilah cari orang susah tolong. Kalau Covid-19 ini boleh dihalau dengan merayu macam ini dah lama dah kami yang terjejas pendapat ini merayu sambil bergolek-golek.



Aliff anggap Covid-19 punca dia tak boleh berjalan-jalan ke luar negara.

"Waktu macam ini pun masih lagi ingat nak shopping, ke luar negara jalan-jalan. Apa salahnya dalam waktu begini datuk bantu orang yang susah, kena buang kerja atau tolong frontliner.

"Motif? Rakyat marhaen bukan setakat fikir nak shopping. Nak makan pun risau dalam ekonomi sekarang. Lagi nak fikir travel bagai. Stop la buat marketing murahan," komen beberapa netizen.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain