suria

Aina Abdul gunakan masa kuarantin untuk belajar masak dan main alat muzik

Aina gunakan masa kuarantin dengan belajar masak dan bermain alat muzik.

TEMPOH kuarantin selama 14 hari memberi peluang kepada penyanyi Aina Abdul untuk belajar memasak dan bermain alat muzik di rumah.

Aina, 27, berkata dia juga tidak berasa bimbang dengan aktiviti seni sepanjang tempoh itu memandangkan kebanyakan kerjanya boleh dilakukan di rumah.

ARTIKEL BERKAITAN: Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-35 ditunda selepas Alif Satar disahkan positif Covid-19

Malah, pemilik nama Nurul Aina Abdul Ghani ini dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada program Vokal Mania biarpun ia akan dilakukan secara virtual atau maya.



Aina tetap lakukan ujian saringan Covid-19 biarpun bukan kontak rapat Alif Satar,

"Banyak yang saya dapat belajar sepanjang tempoh kuarantin di rumah. Antaranya memasak dan main instrument yang dah ada lama kat rumah tapi tak pernah sentuh.

"Untuk dua minggu ni saya tak rasa terlalu terjejas kerana banyak kerja yang memang tak perlukan saya keluar kemana-mana.

"Saya mengajar vokal part time pun atas talian, saya berhubung dengan team saya yang lain pun melalui aplikasi Whatsapp sahaja.

"Buat masa sekarang saya fokus pada Vokal Mania yang akan berjalan seperti biasa walaupun secara virtual tetapi saya tetap mahu buat persiapan yang terbaik," katanya kepada mStar.

Saya harap semua orang akan terus doakan Alif dan keluarga.

AINA ABDUL

PENYANYI

Aina antara penyanyi yang melakukan ujian saringan Covid-19 selepas selebriti terkenal iaitu Alif Satar disahkan positif wabak tersebut.

Biarpun keputusan negatif dan bukan kontak rapat Alif namun Aina tetap mahu menjalani kuarantin demi keselamatan diri dan orang lain.

Aina sepatutnya menyampaikan lagu Semalam di Separuh Akhir Muzik-Muzik 35 (SAFMM35) pada Ahad lalu namun program tersebut ditunda selepas Alif dijangkiti Covid-19.

Dalam pada itu, Aina mengakui terkejut apabila menerima berita mengenai Alif dan berharap orang luar tidak meletakkan kesalahan kepada pengacara dan penyanyi itu.



Aktiviti seni Aina tidak terjejas sepanjang tempoh dia kuarantin.

"Jujur pada mulanya, saya masih tak percaya kerana benda tu macam cepat sangat berlalu. Tetapi bila dah disahkan, barulah saya sedar apa yang jadi itu sesuatu yang serius.

"Apa pun, nasihat saya, jangan salahkan sesiapa kerana kita tak ada di tempat Alif. Kita tak tahu apa yang dia dan keluarga rasa.

"Saya harap semua orang akan terus doakan Alif dan keluarga. Sebagai rakan artis perlu berikan sokongan kerana dalam keadaan ini, keluarga Alif mesti lebih risau dan sedih," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain