suria

Alya Iman tak sedar gigit lidah hingga berdarah, doktor sahkan demam denggi - “Saya bosan duduk dalam wad”

Alya tidak sihat sejak seminggu akibat demam denggi.

PELAKON baharu Alya Iman dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada Rabu akibat demam denggi.

Teman lelakinya iaitu Ridhwan Rosli berkata, Alya atau nama sebenar Nur Alya Iman Azmil, 19, mengadu tidak sihat namun tetap ke pejabat untuk bekerja.

ARTIKEL BERKAITAN: Alya Iman luah perasaan rindu terhadap arwah bapa, hilang arah sejak dua tahun lalu - “Selepas dia meninggal saya tak tahu apa sebenarnya kehidupan”

Namun keadaan kesihatan Alya semakin merosot dan terpaksa dibawa ke hospital untuk pemeriksaan.

Perkongsian Alya dan teman lelakinya di Instastory,

"Dia tidak sihat sejak semalam ketika berada di pejabat... sampai dia tak sedar tergigit lidah sehingga berdarah. Pihak syarikat minta dia buat pemeriksaan di hospital.

"Kira-kira pukul 4 petang semalam (Rabu), dia ke hospital dan jalani beberapa pemeriksaan. sekitar pukul 8 malam doktor sahkan dia demam denggi.

"Tapi sebagai prosedur biasa, dia perlu jalani ujian saringan Covid-19. Insya-Allah dalam tempoh 48 jam akan dapat keputusan.

Keadaan saya sangat lemah sepanjang minggu ini.

ALYA IMAN

PELAKON

"Dia masih ditahan di wad dan memerlukan rehat sebab masih dalam keadaan lemah," kata Ridhwan kepada mStar.

Sebelum ini Ridhwan menerusi Instastory berkongsi foto dan video anak kepada pelakon terkenal Allahyarham Azmil Mustapha itu sedang mendapatkan rawatan.

Dalam pada itu, pelakon drama Senafas Rindu tersebut menerusi Instastory mengucapkan terima kasih kepada semua yang mengambil berat tentangnya.

Alya bersama teman lelakinya, Ridhwan Rosli.

"Terima kasih atas perhatian dan doa anda semua, saya sangat hargai. Sekarang dalam tempoh kuarantin lebih atau kurang dari 48 jam sementara tunggu keputusan swab test.

"Saya perlu lakukan ujian saringan itu kerana ditahan di wad akibat denggi. Keadaan saya sangat lemah sepanjang minggu ini. Tolong doakan saya.

"Mengenali saya seorang yang kuat bekerja... saya sudah berasa bosan duduk dalam bilik wad ini," kata Alya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Ahmad Said, isteri disahkan positif Covid-19