suria

Yonnyboii kena 'panic attack' dan berdepan depresi selepas dapat tahu Alif Satar positif Covid-19 - “Saya terkejut dan banyak fikir tentang prosedur swab test”

Peminat bimbang melihat status yang dimuat naik Yonnyboii selepas pengumuman SAMM35 ditunda.

STATUS 'big depression' yang dimuat naik penyanyi Yonnyboii selepas pengumuman Separuh Akhir Muzik-Muzik 35 (SFMM35) ditunda pada Ahad lalu menimbulkan kebimbangan peminatnya.

Yonnyboii, 22, mengakui dia mengalami serangan panik akibat terkejut selepas mengetahui penyanyi Alif Satar disahkan positif Covid-19.

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas kekasih Yonnyboii muncul semula tagih cinta selepas popular - “Dulu hari-hari buat lagu untuk dia tapi tak dilayan!”

Menurut Yonnyboii, dia berdepan dengan serangan itu bukan disebabkan tekanan SFMM33 ditunda sebaliknya terlalu memikirkan soal prosedur ujian saringan yang perlu dilakukan.



Yonnyboii turut membuat persembahan di pentas SFMM35 episod pertama bersama Alif Satar.

"Ya, saya memuat naik status 'big depression' tu sebab masa tu saya panic attack. Tak tahu nak buat apa sebab terkejut sangat dengan berita tu.

"Banyak saya fikir, tentang prosedur nak buat swab test dan sebagainya bukannya sebab tekanan SFMM35 perlu ditunda.

"Kesihatan lebih penting sekarang ini. Saya risau benda ni melibatkan kluster baharu, lebih-lebih lagi penyakit ni boleh membawa maut.

"Nasihat dan doa peminat sangat membantu. Saya baca satu-satu dan saya dapat rasakan diri saya lebih tenang selepas itu," katanya kepada mStar.

Walaupun keputusan negatif, kami dinasihatkan untuk jalani kuarantin.

YONNYBOII

PENYANYI

Sebelum ini, Alif mengesahkan dia dijangkiti Covid-19 selepas dua hari membuat persembahan di pentas SFMM35 episod pertama.

Pihak penganjur membuat keputusan menunda program tersebut yang sepatutnya berlangsung pada Ahad lalu demi keselamatan semua yang terlibat.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Salahku ini mengakui dia lambat melakukan ujian saringan Covid-19 kerana ingin memastikan keadaanya ketika itu.

"Alhamdulillah... keadaan saya dah baik sekarang. Saya dah jalani ujian swab test semalam di MSU Shah Alam dengan pengurus dan beberapa orang lagi.



Yonnyboii akui alami serangan panik.

"Jangan salah faham, saya buat lambat sikit buat swab test daripada orang lain tu sebab nak memastikan dahulu keadaan saya ketika itu," ujarnya.

Sementara itu, Yonnyboii memberitahu biarpun keputusan ujian saringan itu negatif namun dia tetap perlu menjalani kuarantin selama 14 hari.

"Walaupun keputusan negatif, kami dinasihatkan untuk jalani kuarantin. Best juga kuarantin ni sebab boleh berehat... dah lama tak dapat rehat secukupnya," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain