Berkaki ayam buat yoga di pasar raya, Atilia Haron ditegur tak jaga kebersihan - “Ya... no shoes sebab I miskin”

Tindakan Atilia berkaki ayam ketika melakukan yoga di pasar raya terima pelbagai reaksi netizen.

PERKONGSIAN video memperlihatkan penyanyi Atilia Haron melakukan senaman yoga dengan tidak memakai kasut dan memegang makanan di sebuah pasar raya mengundang pelbagai reaksi netizen di Instagram.

Tindakan yang dianggap tidak mementingkan kebersihan itu telah mengundang kebimbangan netizen memandangkan negara masih belum bebas dari wabak Covid-19.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya masih relevan dan orang masih nak tengok” - Atilia sertai pertandingan selepas 30 tahun jadi artis

Bagaimanapun, Atilia atau nama sebenarnya Raja Putri Atilia Raja Haron, 46, menjelaskan dia membuka topeng muka buat sementara untuk melakukan senaman tersebut dan turut membeli barang yang dipegangnya.



Atilia muat naik video dia melakukan senaman yoga di pasar raya tanpa memakai kasut.

"Saya ada mask. Saya buka sekejap dan letakkan ia di leher. Ya... tiada kasut sebab saya miskin. Pegang barang sebab saya suka coklat itu dan saya beli.

"Saya rasa ia pegang dan beli. Is that okay? Hanya orang yang lakukan yoga akan faham," kata Atilia membalas salah satu komen netizen.

Video yang dikongsikan Atilia di laman Instagram miliknya itu kini mendapat lebih 11,000 tontonan dan 70 komen pengikutnya.

Dalam pada itu, anak kepada penyanyi legenda Salamiah Hassan itu turut memberitahu dia memahami keadaan pandemik telah menyebabkan segelintir masyarakat terpaksa hidup dalam kesusahan.



Antara komen netizen yang kurang senang dengan tindakan Atilia.

Bagaimanapun, penyanyi lagu Bahagiaku itu tidak mempunyai sebarang niat untuk menyinggung perasaan mana-mana pihak dengan memuat naik video tersebut.

"Pandemik telah menyebabkan kesusahan dalam kehidupan segelintir masyakat. Apa yang saya lakukan untuk meringankan suasana. Jika perkara ini menyinggung perasaan awak, saya tiada niat untuk berbuat demikian.

"Terima kasih kerana memahami dan have a good day," ujarnya.

Atilia juga menegaskan dia sudah mendapat kebenaran daripada pengawal keselamatan yang menjaga pasar raya itu untuk membuat rakaman.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Atilia Haron, Pandemik, Covid-19,

Artikel Berkaitan

Klik

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain