“Saya masih relevan dan orang masih nak tengok” - Atilia sertai pertandingan selepas 30 tahun jadi artis - Hiburan | mStar

“Saya masih relevan dan orang masih nak tengok” - Atilia sertai pertandingan selepas 30 tahun jadi artis

Atilia akui dirinya mudah diserang rasa gemuruh.

PENYANYI Atilia mengakui dia tidak gemar menyertai mana-mana pertandingan meskipun sudah lebih 30 tahun berada dalam industri seni tanah air.

Menurut Atilia atau nama sebenarnya Raja Putri Atilia Raja Haron, 46, hal ini kerana dia seorang yang mudah diserang rasa gemuruh.

ARTIKEL BERKAITAN: Lebih Baik Menyanyi Di Kelab - Atilia

ARTIKEL BERKAITAN: Atilia Sangkal Enggan Anak Kerana Mahu Jaga Badan

"Sejujurnya saya memang seorang yang tak suka masuk pertandingan sebab nak kena bersaing.

Atilia bergandingan dengan Yasmin Hani menerusi pertandingan Dansa Dan Sing.

"Lagipun saya seorang yang nervous kalau tak dah lama saya masuk Gegar Vaganza.

"Apapun saya berbangga kerana meskipun dah berumur 46 tahun tapi masih berani untuk naik ke atas pentas dan menjadi salah seorang daripada peserta pertandingan," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Atilia berkata, biarpun usianya kini sudah meningkat namun dia masih menerima tawaran untuk membuat persembahan.

Malah, dia percaya kewujudannya dalam industri seni masih relevan kerana mempunyai peminatnya tersendiri.

Saya berani katakan walaupun pada usia begini, saya masih relevan dan orang masih nak tengok kami.

ATILIA HARON

PENYANYI

"Saya sedar peminat saya terdiri daripada orang-orang yang masih membeli cakera padat lagi.

"Saya berani katakan walaupun pada usia begini, saya masih relevan dan orang masih nak tengok kami... walaupun tak ramai peminat tapi mereka ada.

"Kalau orang tak nak tengok, Astro tak akan panggil saya. Kami sentiasa akan berikan yang terbaik mengikut kemampuan," ujarnya.

Atilia Haron

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain