suria

Sari Yanti menangis tahan sakit, bertarung nyawa bersalin anak keempat - “Walau dah banyak kali lahirkan bayi pun belum tentu senang”

Sari imbau semula wajah suaminya ketika menunggu proses bersalin selesai.

BIARPUN sudah mempunyai tiga cahaya mata, pelakon Sari Yanti memberitahu dia melalui pengalaman bersejarah ketika melahirkan anak keempatnya 6 Jun lalu.

Sari, 36, yang melahirkan anak lelaki bersama pelawak Jep Sephatu itu berkata, dia bertarung melawan kesakitan beberapa jam sebelum bersalin.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dah dapat sepasang” - Jep Sepahtu syukur Sari Yanti selamat lahir anak lelaki

"6 Jun 2020 hari bersejarah lagi sekali dalam hidup kakak. Hari melahirkan bayi yang ke-4 dari kandungan yang ke-6. Boleh faham tak?



Sari berkongsi menerusi laman Instagramnya.

"Ceritanya kakak masuk bilik bedah selepas subuh tapi sang putera ambil keputusan nak keluar lambat sikit. Bertarunglah kakak nak keluarkan dia. Menangis tahan sakit.

"Dalam sakit itu bersyukur sangat dengan semua jururawat yang bantu kakak. Terima kasih kakak ucapkan untuk kak Has, kak Riza, kak Bedah dan team," katanya.

Menerusi laporan mStar pada 6 Jun lalu, Jep, 35, berkongsi berita gembira mengenai isterinya iaitu Sari Yanti selamat melahirkan anak kedua mereka.

Dalam pada itu, Sari mengimbau semula wajah suami yang sentiasa berasa di sisinya ketika menunggu proses bersalin selesai.

Lama juga kali ini kena bertarung nyawa. Syukur semuanya dah selamat.

SARI YANTI

PELAKON

"Punyalah gusar suami tunggu sebab kakak mula-mula yakin juga mungkin boleh bersalin tengahari. Ternyata walau dah banyak kali lahirkan bayi pun belum tentu senang.

"Lama juga kali ini kena bertarung nyawa. Syukur semuanya dah selamat. Ingat balik wajah suami tunggu itu priceless. Risau campur sedih, macam dia nak ikut nangis sekali.

"Agaknya apa ntah yang dia rasa. Terima kasih sayang sebab sentiasa ada dan bagi semangat untuk I," ujarnya.

Sementara itu, Sari mengakui pengalaman kali ini berbeza disebabkan krisis pandemik wabak Covid-19 yang menyebabkan keluarganya tidak dapat bersama di hospital.



Sari bersama suami dan anak-anak.

"Mak, ayah dan keluarga. Biasanya bila keluar saja dari bilik bedah ramai dah tunggu kat luar. Mak, ayah, mak cik, sepupu, kawan-kawan rapat semua ada belaka. Kali ini lain.

"Suami seorang saja yang boleh ada. Dalam suasana pandemik ni mama kakak kena tunggu kat rumah saja. Kali ni kiriman doa saja ikut sama. Doa mama dan doa baba.

"Doa mak, abah, seluruh keluarga dan sahabat handai. Pukul 11.44 malam baby pun selamat dilahirkan. Syukur Alhamdulillah untuk segalanya," katanya.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 25 Februari 2017 dan turut dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Dariya Inara yang berusia dua tahun.

Sari juga mempunyai dua cahaya mata lelaki iaitu Barr Al Aliy dan Baasit Al Haq hasil daripada perkahwinan terdahulu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Sari Yanti, Jep Sepahtu,

Artikel Berkaitan

Artikel Lain