suria

Haneesya Hanee buang dendam, maafkan diri sendiri - “Saya bersihkan hati daripada semua kebencian”

Pelakon Haneesya Hanee turut memaafkan individu yang pernah mengkhianatinya sebelum ini.

SELEPAS dihimpit pelbagai kontroversi pada tahun lalu, pelakon Haneesya Hanee akhirnya tampil dengan semangat baharu apabila dia mula memaafkan diri sendiri serta mereka yang pernah menyakitinya sebelum ini.

Haneesya atau nama sebenarnya Sharifah Haneesya Sayed Sahlan, 20, melalui posting di Instagram berkata dia tidak lagi berdendam dengan sesiapa.

ARTIKEL BERKAITAN: Haneesya Hanee umum undur diri daripada Twitter - “Ini Sulli punya kata-kata terakhir kan? Tak baiknya ambil ayat orang”

"Assalamualaikum... Saya nak jadikan hari ini sebagai sesuatu untuk diingati.

"Saya maafkan semua orang yang pernah menyakiti saya.

Saya tak lagi rasa benci dengan diri sendiri

HANEESYA HANEE

PELAKON

"Saya maafkan orang yang pernah tularkan saya, hina saya, kutuk saya dan yang paling penting sekali saya maafkan diri saya sendiri," katanya.

Tambahnya Haneesya, tiada lagi rasa benci dengan diri sendiri atas apa yang terjadi kepadanya sebelum ini.

Bekas juara Dewi Remaja 2018/2019 ini mahu memulakan perjalanan baru dalam hidupnya.

"Saya tak lagi rasa benci pada diri sendiri. Saya nak mulakan episod baharu dalam hidup.

Foto yang dikongsikan Haneesya bersama kenyataannya memaafkan dirinya serta individu yang pernah menyakitinya.

"Jadi, saya bersihkan hati daripada semua kebencian ini dan memutuskan untuk memaafkan semua orang.

"Semoga masa hadapan saya bersinar dengan lebih terang berbanding dulu... InsyaAllah," tulisnya.

Haneesya sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi apabila video dia sedang berparti di kelab malam tersebar sehingga kemenangannya sebagai juara program Dewi Remaja 2018/2019 ditarik balik.

Ibu kepada Haneesya, Nor Sakuraneeda juga pernah membuat laporan polis terhadap tiga akaun laman sosial yang menghantar mesej berbaur ugutan serta menggunakan foto aktres itu tanpa izin dengan niat untuk mengaibkan serta menghina tempat tinggal mereka.

Selepas kontroversi berkenaan, Haneesya diundi sebagai Artis Baharu Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-32 (ABPBH32) pada 22 September 2019.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain