suria

Setengah jam tak balas mesej, Isa Khan tak tentu arah risaukan Risteena - "Tunang saya fikir saya kena culik!"

Risteena tidak dapat dihubungi semasa dalam perjalanan pulang dari rumah Isa.

TIDAK dapat dihubungi kira-kira setengah jam membuatkan tunang pelakon Risteena Munim iaitu Isa Khan bimbang dan panik.

Risteena, 27, berkata, tunangnya menyangka dia diculik atau diragut apabila tidak menjawab panggilan dan membalas mesej di aplikasi WhatsApp.

ARTIKEL BERKAITAN: “Hidup ini singkat, tak tahu bila akan mati” - Ini alasan Risteena, Isa Khan sakan tunjuk bahagia di media sosial

"Semalam saya hilang sekejap setengah jam, tunang saya fikir saya kena culik, ragut atau ada perkara buruk terjadi.

"Selalunya sepanjang perjalanan memang akan cakap di telefon sampai dah sampai rumah.

Risteena berkongsi kerisauan tunangnya, Isa, menerusi laman Instagram.

"Tapi semalam kebetulan kereta polis banyak dan tak sempat nak ambil telefon dalam beg pun untuk tengok. Tak sangka hilang setengah jam pun tunang saya dah risau macam tu," tulisnya.

Tambah Risteena, kerisauan itu membuatkan Isa segera datang ke rumahnya bagi melihat keadaan pelakon itu.

Kakak kepada pelakon Ruhainies itu berkata, dia tersentuh hati dengan cara tunangnya mengambil berat dalam memastikan dirinya sentiasa berada dalam keadaan selamat.

"Sampai saja di rumah, baru tengok telefon. Panggilan tak dijawab tak payah cakap la berapa banyak.

"Tengok-tengok tunang saya dah sampai dah bawah rumah, macam tak percaya langsung sebab baru sangat masuk rumah. 10 minit saja datang dari Cheras ke Gombak. Siap datang dengan adiknya and Qirin. Kesian mereka!

"Memang kena marah terus la lepas tu, apa lagi. Tak apa, sekurang-kurangnya saya tahu kalau saya hilang, awak akan cari saya. My hero!," katanya.

Pelakon itu sempat memberi amaran kepada sesiapa yang cuba untuk berniat jahat terhadapnya perlu berhadapan dengan lelaki itu.

"Jadi, kalau sesiapa ada niat nak buat bukan-bukan pada saya, lupakan saja ya. Nanti korang kena berdepan dengan tunang saya yang garang ni.

"Kepada tunang saya, saya rasa selamat sejak awak jaga. Tak boleh bayangkan kalau awak tak ada. Ibu bapa saya dah boleh harapkan awak.

"I love you, sayang. Cinta hati saya," ujar Risteena.

Pasangan itu mengumumkan berita pertunangan mereka di majlis sambutan ulang tahun kelahiran Risteena di Bora Ombak, Putrajaya pada 6 Disember 2019.Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Risteena, Isa Khan

Artikel Berkaitan

Artikel Lain