suria

Bekas pekerja menyamar Setiausaha Politik KKR... Suria FM minta orang ramai hati-hati, tidak kaitkan dengan stesen itu

DJ Lin minta orang ramai tak mengaitkan stesen tersebut dengan kes penipuan membabitkan bekas pekerja mereka.

STESEN Suria FM memandang serius kes bekas pekerja saluran radio itu yang didakwa menyamar sebagai Setiausaha Politik di Kementerian Kerja Raya (KKR), atas tujuan penipuan.

Pengurus Kanan Suria FM, Roslinda Abd Majid atau lebih dikenali DJ Lin berkata segala aktiviti membabitkan pemuda tersebut tiada kaitan dengan stesen radio berkenaan dan individu itu tidak lagi berkhidmat bersama Suria FM.

"Adalah dimaklumkan bahawa individu yang bernama Abdul Al Haffiz Bin Abdul Aziz sudah tidak lagi berkhidmat untuk Suria FM sejak 15 April 2020.

ARTIKEL BERKAITAN: Hadiah ulang tahun paling manis! Suria FM berjaya kukuhkan kedudukan antara stesen radio popular

"Kesemua aktiviti, perbuatan atau tindakan yang dilakukan oleh individu terbabit sama ada melibatkan atau tidak melibatkan nama Suria FM adalah sama sekali di luar pengetahuan pihak Suria FM," katanya.

Baru-baru beberapa portal berita melaporkan mengenai penipuan seorang lelaki yang menyamar sebagai Setiausaha Politik KKR.



Tular kes penipuan seorang lelaki yang menyamar sebagai Setiausaha Politik sebuah kementerian.

Menerusi kenyataan di laman Twitter, KKR meminta orang ramai berhati-hati selepas pihak mereka menerima aduan berkaitan kes penipuan membabitkan individu berkenaan.

Dalam pada itu, DJ Lin meminta orang ramai tidak lagi mengaitkan nama Suria FM dalam isu tersebut dan jika terdapat sebarang keraguan bolehlah menghubungi talian rasmi mereka.

"Oleh yang demikian, diharapkan orang ramai tidak lagi mengaitkan individu terbabit dengan stesen radio Suria FM.

"Bagi mengelak sebarang keraguan atau ingin melaporkan aktiviti penipuan yang disyaki melibatkan Suria FM, sila hubungi kami di saluran komunikasi rasmi," ujarnya.

Untuk makluman, individu terbabit pernah bertugas sebagai penyampai segmen hujung minggu di Suria FM beberapa tahun lalu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain