suria

Ezzaty Abdullah jual mi udang cari jalan bayar gaji pekerja spa dalam tempoh PKP

Ezzaty terkejut bisnes mee udang dapat sambutan.

PELAKON Ezzaty Abdullah tidak menyangka mi udang yang dijual secara suka-suka mula menjadi serius dan mendapat sambutan ramai.

Malah, Ezzaty berkata, dia terpaksa memadam status membuka tempahan yang dimuat naik di laman sosial berikutan menerima permintaan yang terlalu tinggi.

ARTIKEL BERKAITAN:Banyak sangat fitnah” – Ezzaty jawab bergambar dengan anak tengah panas

"Saya ada bertanya di laman Instagram jika ada yang ingin membuat tempahan. Pada mulanya saya berkongsi hanya sekadar gurauan kerana tak menyangka akan ada orang yang membuat tempahan, kalau ada pun mungkin lima atau enam orang saja.

Ezzaty memulakan bisnes mi udang untuk bayar gaji pekerja.

"Tapi, tak sampai 10 minit saya sudah terima kira-kira 60 mesej tempahan. Saya terkejut dan jadi takut dan saya terus padam posting itu.

"Daripada 60 orang, saya cuma ambil 35 pesanan kerana saya takut tak mampu memenuhi semua permintaan," ujarnya kepada mStar.

Tak sampai 10 minit saya sudah terima 60 mesej tempahan.

EZZATY ABDULLAH

PELAKON

Sementara itu, Ezzaty berkata, pada awalnya dia berasa bimbang tidak dapat memenuhi tempahan yang banyak dalam masa singkat.

"Pada mulanya memang agak kelam kabut kerana saya tak pernah masak dalam kuantiti yang banyak. Setelah beberapa hari, baru saya berani untuk ambil lebih banyak tempahan," jelasnya.

Isteri kepada pelakon Azwan Kombos itu berkata, dia mencuba nasib dalam bidang perniagaan sebagai salah satu sumber pendapatan bagi membayar gaji pekerja spa milik mereka.



Ezzaty lebih yakin untuk menerima tempahan yang lebih banyak.

"Kami orang seni tiada pendapatan. Saya ada bisnes spa tapi masih belum boleh beroperasi selagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih dilaksanakan.

"Saya dan Azwan dah pening memikirkan cara untuk membayar gaji staf kami. Kami tidak mahu menggunakan duit simpanan kerana duit itu mahu digunakan untuk membeli rumah. Inilah salah satu cara saya dan suami cari duit," jelasnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain