suria

“Banyak sangat fitnah” – Ezzaty jawab bergambar dengan anak tengah panas

Ezzaty dan Azwan dikritik kerana bergambar dengan anak di tengah panas. Foto Instagram @azwankombos / @ezzatyabdullah

GARA-GARA bergambar dengan bayi ketika cuaca panas terik, pasangan pelakon Ezzaty Abdullah dan Azwan Kombos menerima kecaman netizen.

Ezzaty menjelaskan foto yang dirakam bersama anaknya, Harum Dalia diambil dalam masa kurang lima saat dan bayi itu tidak terdedah dengan panas matahari dalam tempoh masa yang lama.

"Kami memang ada bawa kain yang tutup Harum daripada panas tapi untuk ambil gambar ni saya buka sekejap lepas tu tutup balik.

ARTIKEL BERKAITAN: Azwan Kombos Dah Tak Boleh Keluar Malam

ARTIKEL BERKAITAN: “Sakit Hanya Allah Yang Tahu” – Ezzaty Abdullah

Pasangan ini berkongsi momen menarik sepanjang percutian di Australia.

"Tak sampai lima saat pun buka. Banyak sangat fitnah di akhir zaman ni," tulisnya menerusi laman Instagram pada Sabtu.

Pasangan pelakon ini merakamkan detik indah itu ketika bercuti di Australia.

Sebelum ini, foto yang dimuat naik oleh Azwan Kombos di laman Instagram miliknya menerima kecaman netizen yang beranggapan adalah tidak wajar Harum dibiarkan terdedah dengan panas matahari.

Foto dimuat naik Azwan Kombos ini menerima kritikan netizen.

Sementara itu, Ezzaty berkata sebagai ibu dia mengetahui apa yang dilakukan dan menafikan dakwaan netizen yang mengatakan anaknya itu terpaksa memejamkan mata kerana tidak tahan dengan panas matahari.

"Ya, kasihan dekat bayi tapi saya ibu dia dan saya tahu apa saya buat.

"Harum tengah tido masa gambar ini diambil, bukan dia terpaksa tutup mata (sebab panas)," katanya lagi.

Sebagai ibu, Ezzaty tahu apa yang terbaik untuk anaknya.

Ezzaty, 33, dan dan Ezzaty, 27, berkahwin pada 16 Julai 2016 di Bentong, Pahang.

Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan pada 6 Disember tahun lalu.

Artikel Sebelum

Artikel Lain