suria

Peminat pilih Khai Bahar, Neelofa sebagai artis paling meletop 2018

Khai Bahar dan Neelofa diumumkan sebagai pemenang Top Top MeleTOP, Anugerah MeleTOP Era 2018 yang berlangsung pada malam Ahad.

KUALA LUMPUR: Penyanyi Khai Bahar membuat kejutan apabila muncul sebagai pemenang kategori utama Anugerah MeleTOP 2018 (AME2018) menerusi kategori Top Top MeleTOP (Lelaki).

Acara yang diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil pada malam Ahad turut memperlihatkan Khai, 24, membolot dua lagi buah trofi menerusi kategori Penyanyi MeleTOP dan Lagu MeleTOP (Bayang).

Menerusi kemenangan itu, Khai membawa pulang hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM20,000 berserta trofi.

Dalam pada itu, Top Top MeleTOP (Wanita) milik pengacara dan pelakon Neelofa selain membawa pulang trofi menerusi dua kategori lain, Pelakon TV MeleTOP dan Fesyen MeleTOP.

Artis Baharu MeleTOP milik Farah Nabilah.

Drama lakonannya, Red Velvet bersama Alif Satar turut memenangi menerusi kategori Drama MeleTOP.

Seperti Khai, Neelofa, 29, membawa pulang hadiah wang tunai keseluruhan RM20,000 berserta trofi.

Bagi kategori utama, pemenang membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 manakala kategori lain RM5,000 berserta trofi sumbangan Astro.

Dalam pada itu, pelakon filem Abang Long Fadil 2, Zizan Razak mempertahankan trofi menerusi kategori Artis Lawak MeleTOP yang dimenanginya tahun lalu.

Arif Jiwa Asyraf Si Cilik MeleTOP.

Manakala gandingan Neelofa dalam program MeleTOP Nabil Ahmad membuat kejutab apabila muncul memenangi kategori Hos MeleTOP menumpaskan empat calon kegemaran lain, Alif Satar, Datuk AC Mizal, Jihan Muse dan Siti Nordiana.

Bagi kategori filem, J Revolusi membawa pulang trofi Filem MeleTOP dan Bintang Filem MeleTOP menerusi Nur Fazura.

Pelakon Farah Nabilah pula menumpaskan empat calon lain iaitu As'ad Motawh, Fendy Bakry, Hannah Delisha, Wany Hasrita bagi membawa pulang trofi Artis Baharu MeleTOP.

Kategori Si Cilik MeleTOP pula memperlihatkan anak kepada Asyraf Khalid iaitu Arif Jiwa Asyraf memenangi trofi tersebut.

Zizan Razak mengekalkan kemenangan menerusi kategori Artis Lawak MeleTOP.

Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir pula membawa pulang trofi Grup/Duo MeleTOP menerusi lagu Digarhayu.

Sementara itu, AME2018 memberikan Anugerah Khas kepada bekas pembaca berita Dunia Jam 10 di RTM, Datuk Harjit Singh Hullon bagi menghargai bakti beliau dalam bidang penyiaran selama 45 tahun sejak 1971.

Pada 2011, beliau telah menerima pengiktirafan sebagai Penyampai Berita Televisyen Paling Lama Berkhidmat oleh Malaysia Book of Records.

Anugerah itu disampaikan oleh pengacara terkenal Datuk Aznil Nawawi.

Penerima Anugerah Khas, Datuk Harjit Singh Hullon.

Nabil Ahmad, Neelofa bertindak sebagai pengacara AME2018 bersama hos jemputan iaitu Sabri Yunus, Sherry Alhadad, Jihan Muse dan Zul Ariffin.

Persembahan pembukaan AME2018 diserikan dengan nyanyian daripada Altimet, Ito Blues Gang, Francissca Peter, Kool dan Noh Hujan.

Manakala Ernie Zakri, Syamel, Haqiem Rusli, Ismail Izzani, UNIC dan Datuk Ramli Sarip.

Manakala penyanyi Indonesia, Virgoun turut tampil menghiburkan penonton selain persembahan istimewa daripada Dayang Nurfaizah, Hael Husaini, Mas Idayu dan Ruffedge.

Khai bersama trofi kemenangannya.

AME2018 turut disiarkan secara langsung di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (124) pada pukul 9 malam.

Pemilihan pemenang dilakukan berdasarkan seratus peratus undian peminat menerusi laman web khas yang disediakan.

Berikut adalah senarai penuh pemenang AME2018

Artis Baharu MeleTOP - Farah Nabilah

Si Cilik MeleTOP - Arif Jiwa Asyraf

Couple MeleTOP - Jep Sepahtu & Sari Yanti

Program Radio MeleTOP - Johara Pagi Era

Penyampai Radio MeleTOP - Johan (Era)

Program MeleTOP - Sepahtu Reunion Live 2017

Hos MeleTOP - Nabil MeleTOP

Artis Lawak MeleTOP - Zizan Razak

Drama MeleTOP - Red Velvet

Pelakon MeleTOP - Neelofa

Grup/Duo MeleTOP - Datuk Seri Siti Nurhaliza & Faizal Tahir

Penyanyi MeleTOP - Khai Bahar

Lagu MeleTOP - Bayang (Khai Bahar)

Filem MeleTOP - J Revolusi

Bintang Filem MeleTOP - Nur Fazura (J Revolusi)

Top Top MeleTOP (Lelaki) - Khai Bahar

Top Top MeleTOP (Wanita) - Neelofa

AME2018, Khai Bahar, Neelofa

Artikel Lain