suria

Shahrulezad tak setuju kelonggaran ziarah raya 20 orang - “Macam mana nak pastikan tiada adegan peluk cium, bersalam dalam rumah?”

Shahrulezad tak bersetuju dengan kebenaran aktiviti ziarah raya 20 orang.

KELONGGARAN yang diberikan kerajaan berhubung aktiviti ziarah raya 20 orang dalam satu rumah menarik perhatian pengarah drama Shahrulezad Mohameddin yang kurang senang dengan keputusan itu.

Menerusi laman Instagram Shahrulezad memohon agar Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menarik semula kelonggaran tersebut kerana ia boleh mengundang masalah dalam penjagaan jarak.

ARTIKEL BERKAITAN: Orang ramai mula serbu kedai pajak, Shahrulezad faham sebab kerajaan buka balik ekonomi - “Lagi lama shutdown lagi ramai hilang kerja”

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau dalam apartment, dah kira sempit dan sesak” - Dr Noor Hisham perjelas kekeliruan ziarah raya 20 orang

Menurut Shahrulezad, saiz dan ruang rumah apartment atau Projek Perumahan Rakyat Miskin Tegar (PPRT) akan menyukarkan pemakaian topeng dan penjarakkan sosial melibatkan 20 individu.



Shahrulezad berpendapat aktiviti ziarah raya akan mendatangkan risiko kepada jangkitan wabak Covid-19.

"Susah susah haramkan saja peraturan boleh beraya tak lebih 20 orang itu datuk. Tak ada maknanya boleh social distancing kalau rumah sejenis apartment kecil.

"Kalau mak bapa kita tingglkan PPRT lepas itu ada 20 orang sekali datang? Kau rasa social distancing ke tidak? Kelonggaran macam ni la lagi mengundang malapetaka sebenarnya.

"Macam mana kita nak pastikan tiada adegan peluk cium salam semua tu dalam rumah? Polis ada ke yang mengawal? Nak harapkan ahli keluarga memang tak la," tulis Shahrulezad pada Selasa.

Apalah maknanya berhari raya bersama kalau sesama tetamu mula gementar sesama sendiri.

SHAHRULEZAD MOHAMEDDIN

PENGARAH

Pada Ahad, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) masih dilanjutkan sehingga 9 Jun depan.

Menerusi lanjutan PKPB, terdapat kelonggaran untuk menyambut tiga perayaan iaitu Aidilfitri, Pesta Keamatan dan Hari Gawai dengan membenarkan aktiviti ziarah jiran terdekat serta keluarga dalam negeri yang sama, dengan had maksimum 20 orang pada satu-satu masa.

Dalam pada itu, pengarah drama Nur ini berpendapat aktiviti ziarah tersebut tidak akan menjejaskan ekonomi negara sekiranya ia tidak dilakukan.



Shahrulezad berharap Datuk Noor Hisham menarik semula keputusan aktiviti ziarah raya.

"Apalah maknanya berhari raya bersama kalau sesama tetamu mula gementar sesama sendiri. Hujung-hujung masing masing akan lantakkan soal social distancing dan face mask bagai tu.

"Orang sibuk nak makan ketupat beraya dia sibuk nak berface mask bagai. Jadi, risiko di situ ada datuk. Lagipun kalau tak beraya bukannya boleh menjejaskan aktiviti ekonomi pun.

"Orang tak pening kepala nak fikir itu ini boleh ke tak boleh ke tak. PKPD terus pun bagus. Biar diam-diam semua duduk rumah masing-masing pakai baju raya tahun lepas sambil makan rempeyek dan tengok sarkas!" ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain