suria

Gara-gara lagu 'Balik Kampung' netizen marah Jep Sepahtu gurau kasar dengan Angah Raja Lawak - “Sebenarnya dia sangat hormati saya sebagai abang”

Angah memohon maaf kepada netizen yang salah faham melihat cara mereka bergurau.

TINDAKAN pelawak Jep Sepahtu memperbetulkan kenyataan Angah Raja Lawak mengenai lagu Balik Kampung ketika segmen Pagi di Sinar live di rumah mengundang rasa kurang senang netizen.

Rata-rata netizen menganggap Jep bersikap kasar apabila cuba membantah kenyataan Angah bahawa single nyanyian Allahyarham penyanyi Sudirman itu sebenarnya bukan lagu raya.

Bagaimanapun, Angah atau nama sebenarnya Iskandarsah Hashim, 42, tampil memohon maaf kepada netizen yang salah faham melihat cara mereka yang sememangnya sudah terbiasa bergurau seperti itu.

Angah tampil memohon maaf atas salah faham yang berlaku.

Menurut Angah, dia dan Jep serta Rahim yang merupakan penyampai radio Sinar FM untuk segmen tersebut sentiasa mengamalkan memohon maaf antara satu sama lain setiap kali mereka habis bekerja.

"Terima kasih sangat-sangat di atas keperihatinan kalian semua. Saya memohon sejuta kemaafan kepada kalian semua, mungkin cara kami bergurau agak nampak kasar tapi semangnya gurauan kami ini memang dah terbiasa dari dulu.

"Sebagai manusia biasa memang kami tak lari dari kesilapan dan kesalahan, kadang ada yang saya terasa hati dan kadang ada juga Jep dan Rahim terasa tetapi kami sentiasa mengamalkan memohon maaf setiap kali kami habis bekerja," katanya.

Sebenarnya Jep amat menghormati saya sebagai abang cuma bila kami bekerja memang ada peranan masing-masing.

ANGAH RAJA LAWAK

PELAWAK

Angah berkata demikian menerusi ruang komen di perkongsian rakaman Angah, Jep, Rahim dan Pegawai Eksekutif Muzik Sinar, Ariff yang dimuat naik di Instagram radio Sinar FM pada Selasa.

Menerusi perkongsian itu, Angah memberitahu lagu Balik Kampung bukan dicipta sebagai lagu raya namun sudah dimainkan hanya ketika menyambut perayaan tersebut.

Malah netizen turut bersetuju dengan kenyataan Angah dan meminta suami kepada pelakon Sari Yanti itu supaya melakukan kajian sebelum ingin memperbetulkan rakannya itu.

Antara komen netizen yang berpendapat Jep bersikap kasar dengan Angah.

Dalam pada itu, Angah menjelaskan Jep sebenarnya sangat menghormati dirinya sebagai seorang abang.

Guarauan kasar itu dilakukan hanya kerana ingin menghidupkan suasana Ramadan dan mereka mempunyai peranan masing-masing dalam mengendalikan segmen tersebut.

"Sebenarnya Jep amat menghormati saya sebagai abang cuma bila kami bekerja memang ada peranan masing-masing untuk menghidupkan suasana di bulan yang penuh kemaafan ini.

"Sekali lagi Angah memohon maaf pada kalian semua ya... Semoga kita semua sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah SWT amin... Sayang kalian semua... layan saja!" katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain