Penyanyi Ika Mustafa bimbang ibu dan abang tunjuk simptom sama - “Saya harap negatif koronavirus” - Hiburan | mStar

Penyanyi Ika Mustafa bimbang ibu dan abang tunjuk simptom sama - “Saya harap negatif koronavirus”

Ika Mustafa kini dikuarantin di Hospital Sungai Buloh kerana disyaki dijangkiti koronavirus.

PENYANYI baharu Ika Mustafa yang kini dikuarantin di Hospital Sungai buloh (HSB) selepas disyaki dijangkiti koronavirus mendedahkan ibu dan abangnya mula menunjukkan simptom yang sama.

Menurut Ika, 22, ibu dan abang yang menghantarnya ke klinik bagi mendapatkan rawatan mula mengalami demam sejak pagi Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: Hampir 3,000 kes positif koronavirus, angka kematian meningkat kepada 80 di China

ARTIKEL BERKAITAN: Jururawat di Wuhan cukur rambut untuk mudahkan tugas, elak dijangkiti koronavirus

"Setakat ini saya masih belum lagi dapat keputusan darah... sepatutnya keputusan pukul 9 malam ini tapi dijangka mungkin lambat sedikit sebab dari Hospital Kuala Lumpur.

"Sejujurnya saya rasa demam biasa saja tapi sebab ada direct contact dengan orang Wuhan dan kebetulan saya pula tengah penat dan masa sama pula dengan virus ni menyerang.

Ika ditahan di HSB selepas disyaki dijangkiti koronavirus.

"Semalam abang dan ibu saya yang bawa ke klinik dan hari ini mereka pun dah demam dan selsema," katanya kepada mStar.

Bercerita lanjut, penyanyi lagu Damaikanlah ini berkata, dia mula ditahan di HSB pada Ahad selepas pulang dari Haikou, China, Sabtu lalu.

Bagaimanapun, ketika berada dalam penerbangan ke sana, dia menyedari terdapat seorang penumpang lingkungan 60-an yang mengalami batuk dan selsema teruk.

"Saya ke sana (Haikou) daily flight saja... tak lama pun. Cuma dalam flight tu ada orang tak sihat, orang itu memang dari Wuhan tapi dia satu penerbangan dengan saya dari Malaysia dan seat kami pun dekat.

Lepas dah landing, kami tak dibenarkan keluar dan saya nampak pihak berkuasa China dah ada di luar lengkap dengan sut keselamatan. Kemudian mereka buat pengumuman terdapat dua orang dari Wuhan.

IKA MUSTAFA

PENYANYI

"Saya fly pukul 8 pagi Sabtu dan masa dalam penerbangan tu saya perasan ada seorang penumpang lelaki lingkungan 60-an yang batuk-batuk dan dia hembus selsema dia yang sangat banyak dekat tisu.

"Lepas dah landing, kami tak dibenarkan keluar dan saya nampak pihak berkuasa China dah ada di luar lengkap dengan sut keselamatan. Kemudian mereka buat pengumuman terdapat dua orang dari Wuhan.

"Malam tu keadaan saya masih okay sampai Ahad pagi tu saya hilang suara sebab batuk, selsema, sakit kepala dan demam," ujarnya.

Dalam pada itu, Ika berharap keputusan darah yang bakal diterimanya negatif dan tidak dijangkiti virus tersebut.

Ika berharap dia tidak dijangkiti virus tersebut.

"Saya hanya harapkan keputusan itu negatif sebab saya nak balik rumah. Kalau balik rumah pun saya kena kuarantin lagi 14 hari tapi sekurang-kurangnya saya dah ada di rumah sendiri.

"Saya sangat rindukan bilik tidur dan makanan yang sedap.

"Sekarang ni saya rasa sangat sunyi. Rasa macam terperangkap dalam satu tempat... takut pun ada juga sebab saya satu wad dengan pesakit lain," katanya.

Ika Mustafa , Setelah Ku Dimiliki

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain

“Saya OK Muhyiddin jadi PM” – Tun M

6 polis cedera helikopter terhempas