suria

Hana Azraa cabar PU Abu - “Saya juga akan keluarkan kenyataan serta bukti selepas dia buka mulut”

Hana bakal mengeluarkan kenyataan rasmi berserta bukti kecurangan PU Abu tidak lama lagi.

ISTERI Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan iaitu Hana Azraa mempertahankan dakwaan yang suaminya bermain kayu tiga ketika dia sedang sarat hamil anak pertama mereka.

Menerusi posting di Insta story milikya pada Isnin, dia mencabar suaminya itu dengan memberitahu akan mengeluarkan kenyataan berserta bukti berhubung kecurangan dilakukan PU Abu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Spekulasi semata-mata, mungkin faktor emosi orang mengandung” - PU Abu tenang jawab tuduhan isteri kononnya curang lagi

ARTIKEL BERKAITAN: Hana Azraa beri gambaran hamil, PU Abu belum sedia kongsi “InsyaAllah akan beritahu nanti”

"Saya juga akan mengeluarkan kenyataan rasmi berserta dengan bukti sejurus selepas dia buka mulut," tulisnya ringkas.

Kenyataan dimuat naik Hana di Insta story miliknya pada Isnin.

Dalam pada itu, Hana ketika dihubungi mStar enggan mengulas lanjut mengenai dakwaannya sebelum ini namun memaklumkan ingin berehat sementara menanti kehadiran cahaya mata mereka beberapa hari lagi.

"Buat masa ini saya perlu masa untuk berehat dan jauhkan diri dari sebarang unsur negatif.

"Kurang daripada seminggu Insyallah saya akan bersalin. Doakan selamat semuanya buat saya dan malaikat kecil ini," ujarnya.

Rumah tangga PU Abu sekali lagi menjadi perhatian netizen apabila isterinya Hana Azraa mendedahkan foto seorang wanita tidak bertudung dan mendakwa wanita itu sebagai skandal baru suaminya.

Saya juga akan mengeluarkan kenyataan rasmi berserta dengan bukti sejurus selepas dia buka mulut.

HANA AZRAA

ISTERI PU ABU

Perkongsian Hana itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang tidak terkejut dengan pendedahan tersebut.

Enggan berdiam diri, PU Abu kemudiannya tampil menafikan tuduhan isterinya itu.

Menurut Abu maklumat yang disebarkan isterinya itu hanyalah spekulasi semata-mata dan tindakan melulu itu dibuat berdasarkan emosi ketika hamil.

Hana Azraa, PU Abu

Artikel Lain