Empat tahun berkahwin Shah Iskandar sabar menanti rezeki zuriat - “Mungkin silap saya, kerana lafaz itu... hingga kini kami belum ada anak” - Hiburan | mStar

Empat tahun berkahwin Shah Iskandar sabar menanti rezeki zuriat - “Mungkin silap saya, kerana lafaz itu... hingga kini kami belum ada anak”

Shah Iskandar tidak tertekan diaju mengenai zuriat.

GENAP empat tahun mendirikan rumah tangga dengan Siti Sarah Mohd Noor, pelakon Shah Iskandar berkata dia dan isteri masih bersabar menantikan kehadiran cahaya mata.

Shah, 37, bagaimanapun tidak tertekan memikirkan tentang anak dan terus berusaha secara normal untuk mendapatkan zuriat.

"Alhamdulillah sudah empat tahun kami berkahwin... tentang anak? Tak ada tekanan! Mungkin silap saya dulu pernah cakap nak rancang dan kerana lafaz itu hingga kini kami belum dapat anak.

ARTIKEL BERKAITAN: Serba tak kena! Badan makin besar, jumlah pengikut Instagram punca Shah Iskandar hilang ‘job’ lakonan

ARTIKEL BERKAITAN: Cukup-Cukuplah Kontroversi, Mahu Fokus Bakat - Shah Iskandar

"Jadi sesiapa yang nak kahwin tu janganlah lafaz mengenai plan anak, terima sahaja kalau ada rezeki.

"Sekarang ini kami masih berusaha sama seperti pasangan lain, lagipun hubungan kami baru empat tahun, ada pasangan lagi lama dah berkahwin... saya kira ini masa untuk kami lebih memahami dan rapat," katanya kepada mStar.

Shah dan isteri sabar menanti rezeki zuriat.

Terdahulu, Shah berkahwin dengan Siti Sarah di The Ballroom At East Coast, Singapura pada 16 Januari 2016.

Bercakap mengenai perancangan tahun baharu, pelakon drama Syurgaku Tak Sempurna ini memberitahu fokusnya kini lebih terarah pada bidang perniagaan.

Tahun ini saya nak lebih tumpu pada bisnes sebab simpanan pun dah menipis, job lakonan pun tak macam dulu!

SHAH ISKANDAR

PELAKON

Ujarnya, dia mula menyedari kesilapan lalu tidak menyediakan simpanan yang cukup semasa usia masih muda.

"Tahun ini saya nak lebih tumpu pada bisnes sebab simpanan pun dah menipis, job lakonan pun tak macam dulu.

"Silap saya zaman muda dulu tak menyimpan, jadi tahun ini kita fokus cari duit, isteri saya fokus dengan bisnes spa dan saya pula dengan produk penjagaan untuk ibu bersalin, Embah dan Insya-Allah selepas ini kita akan buka restoran di Damansara, Selangor," katanya.

Shah dan isteri mahu fokus bidang perniagaan.

Sementara itu, Shah turut berpesan kepada pelakon baharu supaya menyediakan simpanan yang cukup demi kegunaan masa depan.

"Kepada pelakon-pelakon yang nak ceburi bidang seni ini pastikan kena ada passion dan kalau cepat putus asa memang tak kekal.

"Selagi stesen televisyen dan produksi mahukan bakat anda, buatlah simpanan kewangan. Lebih-lebih lagi yang belum berkahwin, simpanlah duit! 

"Banyak contoh artis veteran yang mengalami masalah kewangan, apabila dah sakit duit pula tak cukup, simpanan itu penting. Selain itu, jagalah penampilan, bersungguh-sungguh dalam kerja dan jangan sombong," ujarnya.

Shah Iskandar

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

Artikel Lain