suria

Ruhainies terkandas di Filipina kerana gunung berapi meletus - “Doakan kami… I’m scared!”

Penerbangan pulang Ruhainies dari Filipina ke Malaysia ditangguhkan kerana bencana alam.

PELAKON Ruhainies berdepan pengalaman menakutkan apabila dia serta ibu bapanya terkandas di Filipina dan tidak dapat pulang ke Malaysia berikutan bencana alam yang berlaku di negara berkenaan.

Menurut Ruhainies, gunung berapi Taal di Manila memuntahkan debu ke ruang udara sehingga memaksa beberapa jadual penerbangan ditangguhkan pada Ahad.

"Malam ini (Ahad) semua penerbangan dibatalkan kerana gunung berapi di Filipina, Ya Allah permudahkan urusan kami.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia tunggu saya kata okey!” - Ruhainies dedah kekasih dah ‘ready’ kahwin bila-bila masa sahaja

ARTIKEL BERKAITAN: Ruhainies terkejut ramai wanita cuba nasib goda kekasihnya “Tak payah feeling sangat, nak try luck ke?”

"Untuk yang teks, telefon atau mesej maaf kalau tak dapat balas satu persatu, sibuk periksa tiket penerbangan dan menjaga ibu bapa dan beg, bateri telefon pun dah nak habis sejak kita keluar dari lapangan terbang," katanya.

Adik kepada pelakon Risteena ini berkongsi situasi sekitar lapangan terbang di Manila menerusi laman Instagram miliknya pada Isnin.

Ruhainies terkandas di lapangan terbang di Manila, Filipina.

Dalam pada itu, Ruhainies memberitahu mereka terpaksa menukar laluan penerbangan sebelum pulang ke Malaysia.

"Bismillah... off to Korea... Alhamdulillah kita semua dalam keadaan baik, sekarang dalam perjalanan (terbang ke) Bandar Cebu (kemudian) Korea Selatan dan Kuala Lumpur, doakan kami... I'm scared!

"Delayed tapi tak apa asalkan saya keluar dari sini," katanya.

Ruhainies tukar penerbangan ke Korea sebelum pulang ke Malaysia.

Difahamkan Ruhainies berada di Filipina bagi menghadiri majlis anugerah 24th Asian Television Awards yang berlangsung pada Sabtu lalu.

Turut diundang ialah pelakon dan pelawak, Zizan Razak.

Mereka berdua menjadi penyampai hadiah untuk salah satu anugerah yang dipertandingkan dalam festival tersebut.

Ruhainies dan Zizan  menghadiri malam anugerah 24th Asian Television Awards.

Sementara itu, menerusi laporan portal berita, ribuan penduduk diarah berpindah selepas sebuah gunung berapi berhampiran ibu negara Filipina memuntahkan debu ke ruang udara.

Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina merekodkan pergerakan magma ke arah kawah Taal, salah sebuah gunung berapi paling aktif di negara itu yang terletak kira-kira 65 kilometer (km) di selatan Manila.

Debu setinggi setinggi 1km boleh dilihat dan beberapa gegaran dapat dirasai di sekitar gunung berapi yang terkenal dalam kalangan pelancong kerana pemandangannya yang indah.

Ruhainies

Artikel Lain